Isnin, 29 Disember 2008

Kenapa perlu takut Hudud?

Petikan dari http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Friday, December 26, 2008Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam. Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan. Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud. Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah. Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa.

Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ? Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara. Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka.

Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan KehormatanSebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain.

Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002.

Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Maklumat dalam rajah 1 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabendaHukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002.

Maklumat rajah 2 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdfKebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih majuApabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur.Kebaikkan seterusnya akan bersambung .......

KESIMPULANNYA MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ?

Jumaat, 10 Oktober 2008

UMNO MEMBURU KEHANCURAN

Umno ni dah cukup syarat untuk hancur . Tapi tak hancur hancur lagi . Seperti kehancuran itu belum nampak syarat yang telah lengkap ada pada UMNO dan BN . Namun kelihatan UMNO dan BN ni tak sabar sabar pula untuk menghancurkan diri . Oleh kerana menunggu kehancuran terlalu lama untuk hadhir , kini UMNO aktif mengatur strategi untuk mencari dan memburu kehancuran tersebut.
UMNO seperti orang yang putus asa dan kecewa dengan hidup . Menunggu sesiapa sahaja datang untuk menamatkan riwayatnya , tapi sering saja tersasar . Akhirnya terpaksa cari jalan untuk membunuh diri . Terjun sungai dari atas jambatan dengan harapan selepas ini akan mati lemas, tapi malangnya air sungai tu hanya di paras betis sahaja .
UMNO panjat pokok lalu terjun ke bawah dengan harapan pecah kepala , tapi malang hanya mengalami kecederaan kecil sahaja iaitu patah tangan dan betis , masih juga bernafas .
Hai , nak hidup susah , nak mati pun susah .
Ada orang cuba selamatkan UMNO lalu mencadangkan UMNO segera menubuhkan Majlis Syura Ulama' UMNO . Sekali dengar macam nak tiru PAS pulak . Kalau cadangan itu bermaksud selepas ini UMNO akan dipandu oleh ulama' , saya sangatlah setuju dengan cadangan itu .
Tetapi ..... apa yang saya musykilnya ialah UMNO mana yang nak dengar cakap ulama' tuh nanti ? sejak bila pula UMNO ni pandai menghormati ulama' ?
Namun untuk saya berlaku adil dalam tanggapan , kalau UMNO benar - benar ingin berubah dan benar - benar ingin menjadikan ulama' sebagai pemandu arah tuju perjuangan bahkan sedia pula menggubal undang - undang tubuh UMNO supaya menepati apa yang bakal diajar oleh ulama' itu kelak , maka saya setuju sangat lah .
Tapi , nak kena tengok jugak lah ulama' fesyen mana yang akan membentuk majlis syura ulama' UMNO tu , kalau ulama' rice cooker , ulama' terompah kayu atau ulama' kuda kepang maknanya makin dekatlah UMNO kepada kehancuran yang diburu olehnya selama ini .
Ertinya UMNO memang tidak boleh diselamatkan lagi . Bukan kerana orang tidak mahu cuba atau tidak boleh selamatkan UMNO , tapi UMNO tu sendiri yang tidak mahu dirinya diselamatkan . Setiap detik UMNO mencari jalan menuju kehancuran.
Tengoklah dalam keadaan kenderaan UMNO ni usang dan sukar untuk dibaiki lagi , mereka dok kira nak tukar driver . Dah berapa orang dah driver yang bertukar ganti . Daripada driver yang rakus dan suka membuli di jalanraya kepada driver yang slow dan lembab memandu dengan 30 km sejam di laluan 110 km sejam , habis jem kereta kat belakang dan semua orang maki hamun dia.
Tok Guru Hj. Hadi dah cadang supaya tukar jer kenderaan tuh , kalau tak mampu nak beli yang baru , hah ! mari naik kenderaan PAS punya. ala tambangnya setakat ni hanya RM 3 sahaja setahun . Tak kan tak mampu bayar.
Tok Guru Nik Abdul Aziz jelas bagi tahu , kalau UMNO sedia laksanakan Islam , maka tak ada sebab lagi PAS ini wujud . Boleh bubar dan sama - sama berjuang Islam .
Tapi UMNO ni boleh tahan jugak degilnya . Hah sekarang mereka plan untuk tukar pulak driver dan khabarnya mula nak bertugas selepas mac tahun depan . Driver ni pun saya tengok sengkek jugak nih . Banyak saman .... erm entahlah ! UMNO .... UMNO

Jumaat, 25 Julai 2008

Membelah Isu Politik Dari Jiwa Tarbawi!

Petikan dari http://abuamirahphg.blogspot.com/

Ramai orang menulis, mengulas, mengkritik, menyumpah, membebel, menegur, memuji dan lain-lainnya dalam dunia maya berhubung ISU MUZAKARAH UMNO-PAS yang hangat diperkatakan sekarang. Tidak kurang juga yang meng ‘sms’ dan bertanya secara langsung kepada saya berhubung isu tersebut. Mana perlu saya sokong, Tok Guru Hj Hadi ker Tok Guru Nik Aziz? Mengapa banyak pertentangan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan ni?

Sebenarnya, saya bukan pakar dalam selok belok pendekatan politik dan bukan ’ahli’nya walaupun saya ahli berdaftar kepada parti politik yang diberi nama PAS ini. Namun saya ingin memberi pandangan dari sisi saya secara peribadi yang diamanahkan sebagai orang tarbiyah ini :
1. Dalam realiti dunia politik Malaysia hari ini, anda jangan terlalu cepat percaya dan membuat kesimpulan semata-mata berdasarkan maklumat yang disebarkan oleh orang media, khususnya media pro UMNO/BN atau media anti Islam/ PAS. Berita yang disebarkan mesti diselidik terlebih dahulu. Jangan terpedaya dengan laporan berita walaupun menayangkan potongan ucapan pimpinan kita.
2. Dalam menunaikan kewajipan amar makruf nahi mungkar atau mengkritik pemimpin haruslah berdasarkan maklumat yang pasti dan jelas, bukan spekulasi atau maklumat yang tidak jelas. Benarkan pemimpin tersebut berjumpa? kalau betul, untuk apa? apa agendanya? keputusan siapa? apa helahnya? dan kita haruslah sedar bahawa setengah dari tindakan politik pimpinan itu ada yang perlu dirahsiakan untuk maslahah tertentu dan thiqah atau kepercayaan kita kepadanyalah yang menjadi cagaran dalam keputusan tersebut. Bukan semua tindakan perlu untuk menunggu muktamar tahunan kerana sesetengahnya perlu disegerakan. Apabila belum tepat dan belum pasti maklumat yang dimiliki, maka husnuz-zon atau bersangka baik adalah akhlak seorang tentera Islam.
3. Bersedia menerima kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin dalam masalah strategi atau pendekatan. Strategik dan pendekatan dalam politik kebanyakkannya adalah bersifat eksperimen. Ia akan sentiasa terdedah kepada perubahan demi perubahan. Pakatan Rakyat yang dibina sekarang pun masih dalam ekserimen. Kalau terbukti baik untuk Islam, maka mungkin diteruskan, kalau tidak? Kita hanya akan tahu sesuatu tindakan politik itu tidak tepat apabila kita telah melaluinya. Anwar Ibrahim pernah tersalah dalam pendekatan politiknya dahulu apabila bergerak di dalam UMNO. PAS pernah berpengalaman berkerjasama dengan Perikatan (BN-UMNO). Segala-galanya adalah percubaan atau eksperimen. Jika baik untuk Islam, baiklah.. jika tidak, tidaklah. Kemungkinan TG Haji Abd Hadi tersilap membuat pengumuman tidak tepat pada masanya.. kemungkinan juga TG Nik Abd Aziz tidak tahu perjumpaan tersebut disebabkan kesibukkannya sebagai Menteri Besar dan memberi tumpuan keutamaan di Kelantan. Saya tidak pasti.. itu semua kemungkinan. Tapi, kita sepatutnya menerima kemungkinan-kemungkinan itu.
4. Kalau orang awam yang bercelaru dalam isu ini, itu perkara biasa. Namun, kalau ahli yang ditarbiyah juga bercelaru, ini suatu perkara yang menyedihkan. Ahli yang ditarbiyah mereka sepatutnya tidak cepat melatah, mendahului bersangka baik terhadap kepimpinan, tidak cepat melatah dan mempercayai berita negatif tentang parti / jamaah, menumpukan kepada fokus kerja sebenar di peringkat masing-masing. Ahli yang ditarbiyah sepatutnya menenang dan menyebarkan khabar yang positif tentang pimpinan walau siapa pun dia kepada ahli di peringkat bawahan.
5. Perbezaan kenyataan kepimpinan kadang-kadang hasil manipulasi media, kadang-kadang kerana maklumat yang dimiliki berbeza dan sebagainya. Sikap kita adalah menerima perbezaan itu selagi dalam soal pendekatan. Inilah ruh kebebasan dan kemerdekaan minda dan jiwa yang dimiliki oleh pimpinan PAS dan ahlinya, berbeza dengan UMNO –BN yang mengongkong ahli dan anggota pakatan barisan mereka dari perbezaan pandangan. Inilah dia dinamik dan uniknya PAS andai mereka memahami..
6. Alhamdulillah, saya tidak pernah terganggu oleh isu seperti ini. Dahulu isu perbezaan sikap antara TG Nik Abd Aziz dengan TG Hj Harun Taib dalam masalah konsert Mawi di Kelantan..saya tiada masalah. Kemudian sekarang perbezaan sikap kepimpinan dalam isu muzakarah UMNO-PAS... juga saya tiada masalah.. tips-tips di atas adalah pegangan saya.. Alhamdulillah!Maaf, kerana saya bukan pakar politik, walaupun politik sebahagian dari perjuangan saya...!
AYUH PERKEMASKAN TARBIYAH!

Khamis, 5 Jun 2008

PAS the real kingmaker in Malaysian politics - The Star

Thursday June 5, 2008
By FUI K. SOONG
These days, it’s the party that takes centre stage. PAS is the most organised, financially independent and talented organisation in the country.
DOES Sabah really hold the key to the future of the country? And will the Pakatan Rakyat actually take over the government come August or September? Excuse the pun, but the jumping frog is actually a red herring.
The true kingmaker in this current political scenario is actually PAS, not Sabah or Sarawak.
Last month, the Malay writers and intellectual group called Gapena held a meeting in Johor to discuss the future of the Malays in the light of the recent elections results.
And central to Gapena’s memo was the call to the rulers as well as Malay political leaders to fulfil their duties and responsibilities to preserve and protect Kedaulatan Melayu in order that this remains the core ideology in Malaysian politics.
Some may argue the extent of Gapena’s influence over a diverse Malay population but what is important to note is that Malay-based interest groups have been all out to woo the hearts and minds of the Malay constituents.
This includes Umno, PKR, PAS, the royal houses, the civil service and, as mentioned the Malay NGOs. The contest for the Malay space is heating up and is about to get hotter.
Could this be Tun Dr Mathathir Mohamad’s prime concern when he resigned from Umno on May 18?
There is no question of a succession plan as promised by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi but when the succession is carried out will have a great bearing on what is to become of Malaysian politics.
PAS contested in 66 parliamentary seats in 2008.
This is 18 seats fewer than it did in the 2004 election because PAS made a pact with both PKR and DAP that they would all only hold straight fights with the BN this time.
If PAS had known the political tsunami was coming, would PAS have relinquished that many seats for its partners?
After all, DAP did not have to give up a single seat, and contested in five more seats in 2008 than it did in 2004.
Despite the sacrifices, PAS won 23 seats this time compared with seven in 2004. Its popular votes also increased but only from about 1.1 million to 1.14 million.
This is miniscule compared with DAP whose popular votes gained from 708,173 to 1,118,025.
Even more fantastic was PKR’s popular votes which leaped almost three-fold from 578,481 in 2004 to 1,509,080 in 2008.
PAS may have gained 16 more winning seats plus two more Mentris Besar but in terms of popular votes and the number of seats they could have won, PAS benefited the least of all the three Opposition parties.
Yet PAS is the most well organised, most financially independent and most talented party in Malaysia right now.
Not only did it give up some of its contestable seats, it shelved its Islamic agenda in the back burner for the sake of a cohesive strategy for the Opposition front.
What will happen in the next elections? Will PAS request for the return of the seats or will joining BN provide it with more security?
The fate of the country actually lies with PAS rather than with PKR or the East Malaysians.
It is said that it is unlikely that at this point in time PAS would regroup to become one big Umno while Datuk Nik Aziz Nik Mat, its spiritual and paramount leader is still around.
However, they would consider re-uniting with the BN. It will, after all, serve several ambitions and is probably the safest route to its long-term survival.
One, to be part of the ruling coalition would bring an end to the strenuous federal-state relations in at least three states.
Two, it would serve the wish of the Malay ground wanting to see more unity at least along the lines of Islam if not, Malay.
The Malay middle-class may have shown tendencies towards a more open multiracial concept and approach.
Islamic unity, on the other hand, is definitely more universal among all the classes.
Three, PAS gets to discipline Umno for its wayward ways in the name of Islam, Malay unity and future of Malaysia.
Four, the move to rejoin BN would secure its position for the next few general elections, ending the Opposition’s cat-and-mouse tactics.
The above fourth reason is the most seductive for Umno as it would bring an end to the current delicate impasse – whoever the president of Umno is or, might be in the future.
The next question would be – how would the component parties like the MCA then contend with the new BN? This will depend how well they wedge their future strategies between the two giants.
In the aftermath of the recent elections, it seems the new political game has barely even begun for Malaysia.

Fui K. Soong is the CEO of Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP), a think tank of MCA, an organisation dedicated to research on the removal of barriers and bias in policies that impede Malaysian unity, racial harmony and economic prosperity

Jumaat, 16 Mei 2008

Penyampaian Sumbangan Hari Guru Kawasan Muar



Sebagai menghargai sumbangan para guru PAS Kawasan Muar telah mengatur pemberian sumbangan sempena hari guru kepada guru-guru di Sekolah sekitar Kawasan Muar. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Muar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N15 Maharani, Dr Mohamad Bin Taslim serta Setiausaha PAS Kawasan Muar, Saudara Malik Bin Mohamed Diah.

Cikgu... Selamat Hari Guru

Kepada para guru, Pensyarah dan semua yang mencurahkan bakti untuk mendidik umat manusia ini, kami ucapkan SELAMAT HARI GURU


Kesibukan masa membataskan saya untuk mencoretkan sesuatu untuk para guru pada tahun ini. Tahun yang lalu, bukan sekadar coretan tersebut tercatat di sini, malah ia turut di'copy & paste' dalam blog yang lain termasuklah disiarkan dalam akhbar Wasilah..Apapun, selamat menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia tidak kiralah sama ada anda adalah guru prasekolah seperti PASTI, Kemas dan Tabika, sama ada anda adalah guru di peringkat sekolah rendah atau menengah, sama ada anda adalah tenaga pengajar di Pusat Matrikulasi, Kolej, Pusat Latihan dan Universiti. .
Sesungguhnya tugas seorang guru sememangnya cukup perit akhir-akhir ini. Jika anda seorang guru di sekolah kerajaan terutamanya, anda bukan sahaja terpaksa mengajar di dalam kelas tetapi perlu juga melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum. Di tambah lagi dengan kerja-kerja pengkeranian seperti rekod pelajar, key in keputusan peperiksaan, perlu menghadiri mesyuarat di dalam dan luar sekolah, menyediaan dan menanda kertas peperiksaan, tempahan itu dan ini, masalah disiplin pelajar yang semakin tinggi prestasinya. Sehinggakan, tugas dirumah kadang-kadang sudah tidak dapat nak diuruskan lagi terutamanya guru wanita yang punya tanggungjawab yang menjurus menguruskan hal-hal rumah..
Namun, gunakanlah peluang dan ruang yang ada ini sebagai seorang pendidik dengan niat untuk mendidik generasi muda yang semakin jauh daripada jatidiri sebenarnya. Pelajar-pelajar terutamanya anak-anak melayu sudah jauh daripada kemelayuan dan agamanya. Akhlak dan moral sudah semakin tipis sehinggakan kes bergaduh, berzina (seks bebas), mencuri ponteng sekolah, dadah dan sebagainya semakin menjadi-jadi..
Akhir kata, mudah-mudahan segala pengorbanan anda akan diberikan ganjarannya oleh Allah sama ada ketika anda hidup dunia tetapi yang sudah pasti ganjarannya akan diterima di akhirat nanti, ameen....
SELAMAT HARI GURU.Ucapan Selamat Hari Guru ini juga saya ucapkan kepada isteri saya, adik-adik saya, adik-adik ipar saya, guru-guru PASTI di seluruh negara dan guru-guru yang pernah mendidik saya..
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
16 Mei 2008


Selasa, 13 Mei 2008

MB dan ADUN Pakatan Rakyat Perak naik bas ke Parlimen

Oleh cina-islam
"IPOH, 12 Mei :- Sejarah dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama.
Menjawab pertanyaan wartawan di bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri.
Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahansan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba. Kami datang demgan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan.
Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepejabat Ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Preesiden Pas, Dato' Seri TG. hj. Abdul hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang.
Ir. Nizar juga menyatakan suapaya para wartawan media arus perdana dan alternatif melapor sesuatu untuk menyakinkan rakyat. dan pemberitaan yang benar dan salah akan dipertanggungjawab oleh Allah SWT.

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Petikah dari Laman Web Saudara Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah meneliti terhadap kes murtad yang melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia yang telah memeluk agama Islam pada tahun 1998 dan akhirnya telah diistiharkan murtad atau keluar daripada agama Islam pada 8 Mei 2008 yang lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah membuat keputusan tersebut dengan mengambil kira hujah-hujah yang telah disampaikan oleh peguambela Siti Fatimah Tan dengan menyatakan bahawa Siti Fatimah Tan sejak daripada memeluk agama Islam tidak pernah mengamalkan ajaran Islam malah masih lagi mengamalkan agama asalnya iaitu agama Buddha.
DPPNJ memandang serius terhadap perkara ini kerana ia adalah merupakan satu keputusan yang memeranjatkan umat Islam di Malaysia. Walaupun penghujahan terhadap kes ini adalah untuk menentukan status agama Siti Fatimah setelah beliau telah memeluk agama Islam kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki Iran dan selama mana beliau mendaftarkan diri sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengamalkan amalan sebagai penganut Islam malah masih lagi mengamalkan agama asalnya iaitu agama Buddha. DPPNJ melihat bahawa, walau apapun penghujahan yang diberikan terhadap kes ini sehingga Siti Fatimah berjaya menukarkan status agamanya kepada agama Buddha namun ia tetap bermakna bahawa Siti Fatimah telah keluar daripada agama Islam.
Perkara ini tidak disangkal lagi kerana realitinya Siti Fatimah telahpun mengucap syahadah ketika memohon untuk memeluk Islam pada tahun 1998.Kes seperti yang dialami oleh Siti Fatimah sebenarnya bukanlah perkara yang pelik di Malaysia ini kerana kes orang bukan Islam memeluk agama Islam di atas tujuan berkahwin dengan orang Islam sudah menjadi perkara biasa. Orang bukan Islam yang ingin berkahwin dengan orang Islam mestilah menukarkan agamanya kepada Islam supaya perkahwinan dapat diteruskan. Namun, kes menukarkan agama hanya kerana mahu berkahwin dengan orang Islam tidak menjadi persoalan sama ada penganut baru itu mengamalkan Islam atau tidak dalam kehidupan sehariannya namun statusnya tetap Islam.
DPPNJ percaya bahawa kes memeluk Islam kerana berkahwin sekiranya tidak ada susulan bimbingan kepada penganutnya maka akan menyebabkan seseorang itu akan hanya tinggal nama Islam sahaja pada nama.Apa yang pastinya, dalam kes Siti Fatimah, beliau tidak pernah dipaksa untuk menganuti agama Islam namun beliau telah bersetuju untuk menganuti agama Islam sebelum ini kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki Iran yang akhirnya meninggalkan Siti Fatimah tanpa khabar berita.
DPPNJ cukup bimbang dengan perkembangan ini kerana keputusan kes ini sudah pasti akan menjadi kes rujukan kepada mana-mana kes yang akan dibawa ke mahkamah Syariah pada masa akan datang. Seperti mana yang telah disebut oleh Presiden MCA, Ong Ka Ting bahawa ia adalah merupakan hak Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga berhak untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.
Tidak mustahil selepas daripada ini, golongan muallaf yang terasa sudah tidak mahu lagi menjadi penganut agama Islam akan menggunakan penghujahan yang sama iaitu pemohon tidak pernah mengamalkan agama Islam sejak menganuti agama Islam malah masih lagi menganuti agama asalnya.
Kes ini juga bukan sahaja boleh dijadikan rujukan oleh golongan muallaf tetapi juga kepada penganut agama Islam sejak daripada kecil yang mereka telah diislamkan oleh keluarga mereka. Permohonan untuk menukar status agama akan berhujah di atas perkara bahawa pemohon tidak pernah mengamalkan ajaran agama Islam seperti tidak penah berpuasa, sembahayang dan membayar zakat tetapi terpaksa menganuti agama Islam kerana telah ditentukan oleh keluarga.
Apapun keadaannya, sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia. Sebelum perkara ini akan menjadi lebih parah, DPPNJ mendesak agar kerajaan :-
1. Melaksanakan segera Undang-undang Murtad di Malaysia. Dengan cara ini, agama Islam tidak akan dipermain-mainkan. Apabila ingin berkahwin maka mereka akan memeluk Islam manakala bila sudah berpisah atau seumpamanya mereka boleh keluar sesuka hati dengan pelbagai alasan.
2. Memperkasakan kembali institusi agama seperti Jabatan Agama, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah agar ia benar-benar dapat menjalankan perintah Allah tanpa sekatan dan halangan.
3. Mengadakan sesi kaunseling, temubual dan tarbiyah kepada mana-mana pemohon yang ingin menganuti agama Islam terutamanya kerana atas dasar ingin berkahwin. Ini terbukti apabila Siti Fatimah menyebut bahawa beliau tidak pernah yakin dengan Islam walaupun telah memeluk Islam.
4. Mewajibkan kelas pendidikan agama secara berkala kepada muallaf. Majlis Agama Islam tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak yang lain kerana perkara ini memerlukan perhatian yang serius.
DPPNJ juga mengesak agar tokoh-tokoh Islam termasuk Mufti-mufti dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya mengeluarkan pandangan dan pendirian mereka terhadap perkara ini.
DPPNJ menegaskan bahawa tujuan membangkitkan perkara ini bukan kerana DPPNJ memusuhi kepada mana-mana agama tetapi desakan ini dibuat di atas dasar untuk menjaga kesucian agama Islam yang semakin dipandang rendah oleh pelbagai pihak. Lebih-lebih lagi selepas Islam Hadhari dilaksanakan di Malaysia, kefahaman umat Islam terhadap agama semakin bertambah bercelaru dan keliru.
Sekian.
Membangun Bersama Islam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 http://minda-kembara.blogspot.com

Jumaat, 9 Mei 2008

Berapa ramai dari kalangan kita yang menitiskan air mata dengan keputusan ini???

Seperti keluhan saudara Roslan, saya turut merasakan bahawa isu ini dipandang sepi oleh masyarakat Islam di Malaysia. Samada ianya keputusan mahkamah atau keputusan siapa, bukanlah soalnya.


Yang menjadi persoalan adalah, dimanakah masa depan Islam di negara kita yang dikatakan sebuah negara Islam? Jika dengan isu sebesar ini masyarakat masih tidak merasakan ianya satu tamparan kepada kita, dimanakah lagi sensitiviti kita sebagai umat Islam?
Petikan dari Blog Roslan SMS

Akhbar “The Sun” dengan begitu bangga memaparkannya di muka depan. Hakikatnya memang si “murtad” berazam untuk kekal dengan agama asalnya, beliau memohon di mahkamah syariah, dan atas sebeb keterbatasan peraturan dan undang-undang yang ada lantaran tiadanya keutamaan untuk hal ini oleh pihak pemerintah, maka hakim terpaksa membenarkan permohonan tersebut.

Soalnya, mengapa keputusan pihak mahkamah itu dianggap sebagai satu kejayaan besar sehingga pihak akhbar mengekori si “murtad” untuk menghidangkan gambar dan tajuk ini kepada rakyat?Saya tidak tahu bagaimana dengan yang lain, tetapi saya melihat gambar dan tajuk ini memberikan isyarat bahawa peraturan Islam yang terpakai dalam negara ini sangat longgar, oleh itu langgar sahaja bila perlu, hatta sehingga mahu masuk Islam kerana nafsu dan kemudiannya murtad tidak menjadi masalah besar. Sedih, pilu bila menatap gambar ini dan membaca laporannya.

Tahniah Tan Ean Huang kerana anda telah membuktikan bahawa pemimpin Islam yang berkuasa dalam negara ini sesungguhnya tidak pedulikan sangat nasib dan maruah agamanya. Mereka Islam tetapi mereka tidak pernah ambil kisah apa yang akan terjadi pada agamanya.Pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari ini, saya menyeru kepada semua agar bangkitlah mempertahankan kemuliaan Islam. Desak semua wakil rakyat Islam samada dari BN, PAS atau PKR agar melakukan sesuatu bagi mengemaskan kembali pentadbiran Islam dalam negara, kalau mereka tidak ada “political will” kita gantikan sahaja mereka semua dengan yang lebih berani

Khamis, 8 Mei 2008

Khir Toyo kata : Mudah Berjanji, Mudah Lagi Memungkirinya


Salam,

Hari ini saya membaca tulisan Dr Khir Toyo tentang pengumuman Tan Sri Khalid yang Kerajaan Selangor belum dapat menunaikan janji untuk menurunkan cukai pintu sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto Pilihanraya PKR.

Antara kenyataan beliau dalam tulisannya, "Sebenarnya pengurangan ini tidak memberi beban yang berat kepada kerajaan Selangor kerana ia hanya akan mengurangkan pendapatan sejumlah lebih kurang RM 170 juta setahun".

Satu perkara yang pelik, seandainya pengurangan cukai ini tidak membebankan kerajaan Selangor, mengapa Kerajaan pimpinan Dr Khir Toyo tidak pernah berusaha untuk menghadiahkan jumlah tersebut kepada rakyat Selangor yang sudah puluhan tahun memberikan kepercayaan kepada BN untuk memerintah Selangor? Mungkinkah ini satu bukti bahawa kerajaan pimpinannya tidak pernah peduli dengan kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor?

Jangan jadi golongan yang disebut oleh wakil BN dalam sidang Parlimen semalam, waktu berkuasa tak ambil kisah, bila dah tak ada kuasa, baru sibuk nak tunjuk "concern"

http://www.drkhir.com/%20Tuesday, May 6, 2008

Mudah Berjanji, Mudah Lagi Memungkirinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers,

Sebenarnya tidak molek bagi saya menulis catatan ini kerana ramai yang berpandangan seseorang pemimpin atau kerajaan itu perlu diberi ruang dan peluang yang secukupnya untuk menunjukkan kemampuan memimpin - sekurang-kurangnya selama 100 hari.

Namun saya fikir, pengumuman terbaru oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diulas kerana ia merupakan satu isu yang serius. Pengumuman kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak akan menurunkan cukai pintu di rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% adalah sesuatu yang telah lama saya jangkakan. Artikel sepenuhnya

Selasa, 6 Mei 2008

TEGAKKAN KETUANAN ISLAM

TEGAKKAN KETUANAN ISLAM
Petikan dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Ironisnya situasi pasca PRU 12 ini apabila pelbagai pihak cuba menjadi juara dalam menangani isu Perpaduan Melayu . Kononnya melayu dilihat terhimpit dan kian terhakis . Keputusan pilihanraya umum baru - baru ini dianggap sebagai indeks yang menunjuk aras kedudukan melayu masa kini .

Kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu khasnya di 5 buah negeri yang kini dikuasai oleh PAKATAN dianggap sebagai kejatuhan dan kemusnahan bangsa melayu .

Saya nyata sangat tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian , sebaliknya melihat bahawa ini adalah usaha UMNO dan BN untuk menutup atau melindungi aib mereka lantaran kalah teruk dalam PRU 12 tempoh lalu . Menyembunyikan kegagalan mereka ( sehingga kini antara mereka masih bertelagah dalam menuding antara satu sama lain agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan mereka ) lalu menganggap melayu dan ketuanannya kini lemah dan tercabar .

Bertolak dari isu yang mereka cipta , gelombang kebangkitan dan pemulihan ketuanan melayu mula digerakkan . Pada mereka apabila UMNO kalah maka melayu kalah . Walhal UMNO tidak lagi dilihat mewakili orang melayu sebaliknya perjuangan UMNO lebih tertumpu kepada golongan elit dan kroni para pemimpin mereka sebagaimana ianya diakui oleh Tengku Razaliegh Hamzah .

Mereka mula menjual muka untuk mencari simpati rakyat dalam usaha memulihkan keyakinan mereka terhadap prestasi yang buruk dalam PRU 12 lalu dengan menjadikan isu Ketuanan Melayu sebagai perangkap .

Sebagai rakyat berbangsa melayu , saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi melayu . Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .

Tetapi UMNO tidak layak untuk bercakap soal melayu apalagi untuk bercakap soal ketuanan melayu . Selain daripada UMNO adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini , UMNO lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri .

Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" UMNO menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran . Implikasinya , generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar .

UMNO mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka , dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti melayu seperti Kedah , Perlis , Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya .

Samalah sebagaimana UMNO "mendera" rakyat yang rata - ratanya berbangsa melayu di negeri Terengganu dangan merampas Royalti minyak petroleum Terengganu sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Serawak .

Menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu berasaskan "dendam" politik di zaman PAS menguasai negeri tersebut turut dilihat sebagai jenayah UMNO terhadap bangsa melayu .
Bertambah parah apabila UMNO kelihatan nekad membantai dan membelasah orang melayu yang rata - rata beragama Islam apabila mereka meruntuhkan institusi ibadah orang melayu yang beragama Islam seperti masjid dan surau dan ini berlaku di Kg. Bujal Terengganu, Kampung Berembang di Ampang , Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi dan demikian mereka mengunci surau dan masjid seperti apa yang berlaku kepada surau seksyen 18 di Shah Alam dan lainnya.

UMNO juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi bantuan perkapita kepada sekolah - sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang - orang melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk mebekalkan ilmu agama kepada rakyat.

Tiada siapa yang dapat memaafkan UMNO apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin - pemimpin melayu terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang UMNO dalam sebuah negara demokrasi . Pula tidak pernah mereka membicarakan para pemimpin melayu yang mereka tahan secara adil di mahkamah sebaliknya menggunakan akta draconian ISA untuk kepentingan atau survival kuasa politik mereka .

Pemimpin UMNO mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf million ringgit , sementara rakyat khasnya yang berbangsa melayu terus melarat sehingga masih ada kampung melayu dalam negeri maju di negara ini di sampai elektrik dan air.

Bila UMNO menjaga melayu ? lihat aksi mereka menjelang pilihanraya . Sasaran mereka ialah Kelantan yang Menteri Besar dan Exco serta rakyatnya majoriti melayu . Mereka dera Kelantan lebih 17 tahun hanya kerana semata - mata Kelantan menolak kepimpinan UMNO . Sedang mereka tidak peduli nasib orang melayu di Pulau Pinang yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir bagai berada di zaman perang dunia kedua. Mereka juga tidak ambil endah kesan ke atas orang melayu di Johor dengan projek Pembangunan Wilayah Iskandar apabila mereka membuka kawasan itu kepada Singapura .

Melayu mana yang UMNO jaga ? Melayu mana yang UMNO peduli ?

Apalagi melayu yang tinggal pada UMNO melainkan hanya tahu menghunus keris di saban mesyuarat agong mereka tetapi penakut dan bacul terhadap tekanan kuasa luar terutama yang membabitkan isu ummat Islam biarpun UMNO melalui presidennya pernah diberi penghormatan menjadi pengerusi OIC .

Paling ringan "azab" yang bakal UMNO terima ialah melalui dosanya memaksa pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris . Hari ni barulah mereka bertelagah dan saling mempersoalkan sesama sendiri atas kewajaran mengekalkan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris . Bila UMNO pertahankan bahasa melayu bahasa ibunda ?

Entahlah , saya naik jelak apabila UMNO cuba bercakap soal melayu . Melayu yang mereka tindas dan khianati . UMNO menikam melayu dari belakang kemudian berlagak nak bercakap soal melayu .

Kalau dulu mungkin masyarakat mudah terpedaya dengan lakonan hebat para pemimpin opurtunis UMNO ini tetapi tidak pada kali ini . Ini adalah zaman bloggers dan websiters bukan zaman pengampu dan pengipas.

Pada saya UMNO hilang kelayakkan dan langsung tidak punya authority untuk bercakap soal melayu yang telah dikhianatinya.

Kalaulah ada sedikit peluang untuk UMNO bermuhasabah dan bertaubat dengan taubat nasuha , UMNO terlebih dahulu mengikis buang segala daki perkauman dan sikap opurtunis mereka sebelum mereka nak bercakap soal melayu .

KETUANAN ISLAM.

Soal bangsa boleh diperjuangkan tetapi tidak dengan semangat perkauman tetapi atas semangat agama yang penuh toleransi dan saling menghormati antara agama dan bangsa .
Agama Islam mengizinkan kita kasihkan bangsa tetapi tidak menghela kepada semangat perkauman sehingga bersikap prejudis terhadap kaum bangsa lain . Justeru itu , Ketuanan Islam wajar diperjuangkan . Islam selamat maka bangsa akan selamat .

Islam adalah agama yang tidak meletakkan warna kulit dan bahasa lidah sebagai kualiti dalam sistem nilainya , tetapi merujuk kepada taqwa dan ketundukkannya kepada Allah Tuhan yang mencipta alam ini.

Dalam khutbah al wada' ( dari Jabir bin Abdullah rha. ) Nabi saw. pernah bersabda :
يأيها الناس ألا إن ربكم واحد ألا إن أباكم واحد ألا لا فضل لعربي على أعجمي و لا لعجمي على عربي و لا لأسود على أحمر و لا أحمر على أسود إلا بالتقوى إن أكرمكم عند الله أتقاكم
Maksudnya : Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu . Sesungguhnya bapa kamu adalah satu . Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada ( kelebihan ) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada ( kelebihan ) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu .
Al Bukhari Jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652

Demikian membawa maksud yang sama , Allah berfirman di dalam surah al Hujurat ayat 13 bahawa Ia mencipta manusia yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan malah berpuak - puak dengan pelbagai suku kaum untuk mereka saling kenal mengenal ( berinteraksi dan bekerjasama ) antara satu sama lain dan kemuliaan melalui sistem nilai Ilahi ialah kepada mereka yang paling bertaqwa kepadanya .

Islam membatasi isu perkauman dan sangat menghormatinya malah Islam telah menetapkan dasar tidak sekali - kali boleh kita memaksa orang lain memeluk ajaran Islam termasuklah menghina tuhan - tuhan mereka .

Ini sebahagian adab dan prinsip Islam yang berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang sesuai untuk semua dan sangat toleransi dengan semua kecuali terhadap mereka yang menghina dan memeranginya.

Alhamdulillah , perkembangan semasa hari ini memperlihatkan sedikit demi sedikit tembok perkauman ini runtuh dan ia membuka ruang yang lebar untuk semua pihak menilai Islam dari dekat tanpa sebarang halangan besar .

Sekurang - kurangnya mereka akan memahami bahawa apa yang dilontar oleh barat selama ini adalah tidak lebih sekadar satu tohmahan jahat dan liar terhadap Islam .

Islam sebenarnya tidak asing kepada semua bangsa dalam negara kita . Islam terlebih dahulu sampai ke negera China berbanding Malaysia demikian juga India yang lebih awal menerima kemasukan Islam ke negara mereka . Melayu ternyata jauh lebih lewat menerima Islam berbanding China dan India .

Islam mengajar elemen yang suci dan baik serta menghormati perbezaan agama dan budaya . Lantaran itu , Islam andai diberi peluang , mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat . Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya tanpa haq.
Lihat sajalah kepada 2 prinsip dan dasar kepimpinan Islam dalam isu hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka dalam sebuah negara Islam , sebagai contoh saya perlihatkan :
Pertama kenyataan Saidina Abu Bakar as - Siddiq pada hari baginda dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah :

إني وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و إن أسأت فقوموني الصدق الأمانة و الكذب الخيانة القوي فيكم ضعيف عندي حتى آخذ حق منه و الضعيف فيكم قوي عندي حتى آخذ حق له
Sesungguhnya akhu dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik dikalanmgan kamu . Justeru itu , jika berlaku adil maka bantulah aku dan jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku . Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat . Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya.
Kedua dapat dilihat melalui sikap Nabi saw. terhadap non muslim yang sedia berada dibawah pemerintahan Islam yang disebut sebagai kafir zimmi . :
من آذى ذميا فقد آذاني
Barang siapa yang menyakiti non muslim yang berada di bawah pemerintahan Islam ( zimmi ) maka ia telah menyakiti diriku .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi
dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Isnin, 5 Mei 2008

Kehadiran "orang lama" UMNO ke Johor

Seperti yang di laporkan oleh Malaysiakini 5 May, kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah ke Batu Pahat dan Muar pada 4 Mei lalu dilihat sebagai usaha beliau untuk melihat sejauh mana beliau masih mampu memberi saingan kepada pimpinan UMNO sedia ada yang beliau sifatkan sudah jauh tersasar dari perjuangan sepatutnya.
Sekalipun SH Al Attas menyifatkan Ku Li sebagai Ayam tua, namun ketakutan dikalangan pimpinan UMNO dikhabarkan agak terasa. Khabarnya ada arahan agar ahli-ahli UMNO tidak menghadiri perjumpaan tersebut yang menyebabkan kehadiran dilaporkan agak dingin. Namun jika benar beliau masih mempunyai pengaruh yang agak baik, dan bersedia untuk menentang Pak Lah, rasanya Pak Lah punya asas untuk berasa bimbang.
Diwaktu pertembungan Ku Li dgn Dr Mahathir 20 tahun dulu beliau hanya kalah dengan bilangan undi yang sangat tipis. Mungkinkah mood benci Pak Lah kali ini memberi peluang untuk beliau untuk menduduki kerusi Empuk Presiden UMNO? Namun kalau dilihat masa depan UMNO hari ini, rasanya lebih baik Ku Li lupakan saja cita-cita tu... Kalau kalah jadi abu, menang pun jadi arang. Mungkin Ku Li meletakkan perjuangan berani matinya kali ini sebagai bukti beliau benar-benar sayangkan UMNO (baru) dan ianya satu usaha beliau untuk menyelamatkan UMNO (baru).
Kalau beliau kalah, sudah pasti beliau akan sekali lagi menjadi golongan Team B dalam UMNO (walaupun waktu S46 dulu Pak Lah pun dilihat rapat dengan kalangan Team B). Kalau Ku Li menang sekalipun, beliau terpaksa menanggung biawak hidup UMNO yang ditinggalkan oleh Pak Lah. Lebih tepat lagi legasi busuk (pinjam perkataan khairi dalam Parlimen 5 April) pak lah dan kabinet dapurnya.
Sanggupkah Ku Li mentadbir negara yang negeri-negeri kayanya telah berada dalam genggaman pakatan rakyat? Negeri yang tinggal dalam pentadbiran BN hanyalah negeri-negeri miskin yang sumbangan KDNK nya terhadap negara hanya sekitar 30 peratus? Cukuplah tu Ku Li, usaha tengku nak selamatkan UMNO hari ni mungkin boleh disifatkan sebagai usaha seorang tua untuk menyelamatkan Titanic dari karam. Ingat, Titanic tenggelam akibat sikap sombong dan bongkak manusia ("Even God Can't Sink This Ship" pernah dengar ayat ini kan?)
Mungkin Kapal UMNO telah pun melanggar Iceberg 8 Mac lalu selepas Nakhodanya tidak memperdulikan amaran dari peninjau yang berada di atas menara tentang ketulan ais besar di laluan kapal berkenaan. Sebahagian dari kapal ini telah pun tenggelam, kini hanya tinggal menunggu masa untuk keseluruhan kapal ini mencecah dasar laut...
Semoga Allah mempercepatkan proses ini... Amin...

Ku Li Mula Berkempen Di Johor Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil 5/05/2008 01:48:00 PM 0 Pandangan »



Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li telah hadir ke Johor semalam untuk menghadiri dua program di Batu Pahat dan Muar. Dilaporkan dalam Bernama dan disiarkan di dalam Malaysiakini, Ku Li telah membuat ucapan dan gesaan agar UMNO mesti menjaga Johor dan memastikan bahawa Johor tidak akan terlepas daripada pemerintahan UMNO.


Mengikut maklumat yang saya perolehi, tidaklah ramai yang dapat hadir dalam pertemuan di Batu Pahat namun pelbagai peraka telah dilontarkan oleh Ku Li terhadap perkembangan politik yang sedang melanda UMNO dan politik negara ketika ini.


Program ini dilihat sebagai medan Ku Li untuk memulakan kempen persediaan untuk bertanding kerusi Presiden UMNO pada bulan Disember nanti. Apa tidaknya, Ku Li telah memberikan gambaran buruk terhadap Pak Lah dan Najib yang dilihat gagal dalam kepimpinan sehingga BN kehilangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Begitu juga dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang sudah tidak lagi meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama tetapi lebih mengutamakan 'kepentingan perut' pemimpin.


Ku Li juga memberikan gambaran bagaimana PAS merupakan parti yang semakin kuat di Johor dan berkemungkinan UMNO/BN akan berhadapan dengan kesukaran untuk merampas kembali kerusi Dun Maharani dan Dun Sungai Abong daripada PAS.


Setelah mendengar pandangan dan kritikan daripada Ku Li, peserta-peserta program memberikan sokongan kepada Ku Li untuk beliau bertanding jawatan Presiden UMNO, namun Ku Li tidak begitu memberikan respon terhadap perkara ini.


Kehadiran agak seimbang di antara golongan veteran dan golongan muda membuktikan kepada kita bahawa Ku Li walaupun beliau merupakan kepimpinan lama dalam UMNO tetapi masih lagi dilihat oleh golongan anak muda sebagai pemimpin yang masih relevan.


Apapun, saya masih melihat bahawa kehadiran Ku Li ke Johor semalam adalah dengan tujuan untuk melihat sendiri sama ada beliau masih ada sokongan dan harapan daripada negeri UMNO yang kuat di dunia. Sekiranya sokongan terhadapnya luar biasa di Johor, maka harapan untuk mendapat sokongan di negeri UMNO yang lain diyakini akan lebih baik.


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
5 Mei 2008, 2.27 petang
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
http://minda-kembara.blogspot.com/

Jumaat, 18 April 2008

Pemuda Muar Ke Gunung Ledang


Pada 13 April yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar telah menganjurkan Konvoi ke Gunung Ledang bertujuan merapatkan hubungan sesama ahli di Peringkat Pemuda.

Sabtu, 22 Mac 2008

Al Fatihah kepada Saudara Ismail Ibrahim dan Ustaz Zakaria Noor



Pada pagi Jumaat, 21 Mac 2008, PAS Negeri Johor telah kehilangan seorang tokoh apabila Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Bakri, Saudara Ismail Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarham Saudara Ismail telah meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar akibat serangan jantung. Allahyarham merupakan seoran aktivis yang bergiat dengan PAS sejak sekian lama. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Johor.

Belum pun hilang luka kehilangan tersebut, PAS Johor menerima satu lagi kejutan apabila Ustaz Zakaria Noor pula dijemput Allah untuk menemuinya. Berita pemergian beliau disambut dengan rasa sangat terkejut oleh semua kerana sehari sebelum itu, Allahyarham bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain berada di satu majlis Maulidurrasul. Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri dan juga EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Antara yang turut bersama menziarahi Jenazah termasuk ADUN Sungai Abong, Dr Syeikh Ibrahim dan ADUN Maharani, Dr Mohamad Taslim.

Pemergian 2 tokoh besar dalam PAS Negeri Johor ini pasti sangat di rasai kesannya bukan hanya bagi kawasan Bakri tetapi juga PAS Negeri Johor secara keseluruhannya. Semoga Allah menempatkan mereka dikalangan para Syuhada di sisiNya.

Al Fatihah

Ahad, 16 Mac 2008

Siapa patut di bantah?

Petang ini, (16 Mac 2008) menyaksikan sejumlah penunjuk perasaan berkumpul di padang Ipoh, Perak untuk membantah tindakan terhadap Lim Kit Siang yang dikatakan mengarahkan semua ADUN DAP memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak. Tindakan tersebut dikatakan kerana DAP pada awalnya tidak bersedia menerima keputusan untuk memilih Ir Nizar dari PAS untuk mengepalai Kerajaan baru negeri Perak.

Satu himpunan seumpama ini sepatutnya di buat di Perlis bagi membantah tindakan Shahidan Kasim yang terang-terang mengengkari keputusan Raja Perlis yang memilih Dato Isa Sabu sebagai menteri besar Perlis yang baru. Ini kerana senario di Perak tidak seburuk di Perlis kerana Lim Kit Siang akhirnya telah mengambil tindakan untuk memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak setelah beliau menyedari kesilapannya, sehari selepas arahan memulaukan majlis angkat sumpah tersebut. Namun Shahidan setakat ini masih mempertahankan pendirian bahawa dia lebih berhak dilantik sebagai menteri besar kerana dia menerima watikah perlantikan Menteri Besar dari Pengerusi Barisan Nasional.

Satu soalan yang mungkin perlu sama-sama kita tanya, siapa sebenarnya yang berhak melantik Menteri Besar? Pengerusi Barisan Nasional atau Sultan? Mungkin penasihat undang-undang Shahidan boleh menjawab soalan ini...

Jamuan meraikan kemenangan 2 ADUN




Alhamdulillah jamuan meraikan kemenangan 2 ADUN PAS di Johor berlangsung dengan baik dan sempurna. Puluhan ribu pengunjung dari kalangan masyarakat tempatan pelbagai bangsa hadir di jamuan tersebut sejak jam 6 petang hingga waktu malam. Sepanjang ceramah berlangsung oleh barisan wakil 2 Parti BA dewan Jubli Intan Muar penuh sesak dengan manusia.




Gambar para hadirin menunjukkan segalanya. 10 minit selepas gambar ini di ambil, jurukamera di depan pentas turut diminta berganjak apabila tempat tersebut terpaksa di penuhi dengan para pendengar dari pelbagai kaum akibat kesesakan.

Jumaat, 14 Mac 2008

Siapa lebih kurang ajar? Siapa lebih celaru?

Dalam sibuk seluruh negara memperkatakan tentang isu perlantikan MB Perak, petang tadi, saya bersembang dengan kawan-kawan tentang mengapa tidak ada sesiapa yang bercerita tentang Perlis dan Terengganu yang masih tak selesai perlantikan menteri besarnya? Akhirnya teka teki itu terjawab apabila diumumkan tentang pemilihan Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis. Demikian menurut kenyataan setiausaha sulit Raja Perlis. Terjawablah mengapa sehingga hari ini Shahidan tidak mengangkat sumpah sebagai Menteri besar.
Namun begitu, Shahidan yang bermulut agak celupar itu dalam kenyataannya yang dikatakan terkejut dengan pemilihan Isa Sabu sebagai Menteri besar disamping mengulas bahawa kemenangan Barisan Nasional di Perlis sepatutnya di ambil kira. Agak sukar difahami apabila dia menyebut bahawa "kemenangan BN di Perlis bukan disebabkan rakyat memilih individu". Jika itu diambilkira, mengapa Shahidan perlu melatah apabila tidak dipilih sebagai Menteri Besar yang baru? Kerana rakyat Perlis memilih Barisan Nasional, bukan memilih Shahidan sebagai menteri besar. Dalam pada seluruh negara melabelkan Lim Kit Siang biadab apabila mempertikaikan pemilihan Ir Nizar sebagai MB Perak oleh Raja Dr Nazrin, rupanya ada seorang melayu yang bersikap biadab dengan Raja nya.
Kami meyakini kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dalam meneliti latarbelakang wakil rakyat yang baginda yakini untuk menerajui negeri Indera Kayangan itu... Sewajarnya Shahidan perlu muhasabah diri, mengapa Baginda Raja Perlis tidak merestuinya sebagai menteri besar walaupun dia sudah mendapat watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dari Abdullah Ahmad Badawi. Bak kata Aziz Desa, Cermin diri, hiasi peribadi...

Selasa, 11 Mac 2008

Gambar-gambar waktu pemasyhuran

Dimalam penjumlahan undi, hampir keseluruhan dewan dipenuhi oleh penyokong Barisan Alternatif. Hanya kelihatan beberapa orang penyokong Razali, Robia dan wakil calon kepada Hj Ismail Md Syah yg berada didalam dewan. Hj Ismail sendiri tidak kelihatan sepanjang tempoh penjumlahan undi.

Berbanding dengan Saudara Malik dan Cik Nah yang bersedia menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Kepada Saudara Malik dan Cik Nah, harap terus berusaha dimasa akan datang, Kepada YB Dr Mohd Taslim, selamat berkhidmat. Sekarang masa untuk bekerja...

Dr Syeikh Ibrahim dinobatkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N13 Sungai Abong

Isnin, 10 Mac 2008

2 Doktor PAS Melangkah ke Dewan Undangan Negeri

Setelah berhempas pulas sejak sekian lama, hari ini PAS negeri Johor mencatat sejarah apabila berjaya menempatkan 2 wakilnya ke Dewan Undangan Negeri Johor. Dr Muhammad Taslim Dari N15 Maharani Dan Dr Syeikh Ibrahim dari N13 Sungai Abong diberikan mandat untuk mewakili pengundi di kawasan masing-masing dalam Pilihanraya kali ke 12 ini.

Kemenangan Dr Syeikh Ibrahim dengan majoriti yang agak besar iaitu lebih 1500 undi dan Dr Mohammad Taslim dengan majoriti 158 Undi agak mengejutkan semua pihak. Pilihanraya kali ini juga turut mencipta sejarah bagi Negeri Johor apabila muncul antara negeri yang lewat mengumumkan penubuhan kerajaan negeri.

Pengumuman Kemenangan Dr Syeikh Ibrahim di N13 Sungai Abong diumumkan kira-kira jam 10 malam. Tetapi kemenangan Dr Muhammad Taslim di N15 Maharani hanya diumumkan kira-kira jam 1 pagi. Walau apa pun, Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah yang maha kuasa atas limpah kurnianya yang mengizinkan semua itu berlaku menurut perancanganNya.

Satu pengajaran kepada semua, khususnya pemimpin UMNO Johor agak menjadikan peristiwa penting ini satu iktibar untuk mereka tidak lagi mengucapkan ucapan-ucapan yang sombong dan bongkak kerana kuasa kita manusia sangat terbatas. Sedangkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Masih terasa sakitnya hati ini bila membaca kenyataan-kenyataan sombong mereka "BN akan pastikan semua calon PAS hilang deposit", "Pembangkang tidak perlu bertanding di Johor", dan banyak lagi kenyataan-kenyataan lain yang menpunyak nada keangkuhan yang sama.

Sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang. Kepada semua, maaf kerana belum dapat upload gambar-gambar waktu perisytiharan bersejarah itu, namun Insya Allah akan diusahakan dalam sedikit masa lagi.

Selasa, 26 Februari 2008

Sekitar Penamaan Calon di P146 Parlimen Muar











Proses penamaan calon yang dijadualkan berlangsung dengan baik di Bangunan Sultan Ibrahim Muar. Setelah Tamat Proses pencalonan, Calon calon yang telah di terima pencalonannya seperti berikut

P146 Muar
Nah Budin - PKR
Razali Ibrahim - BN

N15 Maharani
Dr Haji Mohammad Taslim - PAS
Ismail Mohd Shah - BN

N16 Sungai Balang
Malik Bin Mohamed Diah - PAS
Robia Binti Kosai - BN

Rabu, 13 Februari 2008

Parlimen Tak Bubar... Eh... Bubar laaa

Muka Depan Berita Harian 14 Februari 2008
Berita Harian 13 Februari 2008

Laporan muka depan Akhbar Berita Harian Hari ni (Rabu 13 Februari 2008). Rasanya ramai yang belum sempat pun membaca berita tu hari ni apabila tiba-tiba sidang akhbar Akhbar Pak Lah mengumumkan Parlimen dibubarkan.

Pengumuman secara langsung melalui Media itu dibuat oleh PM kira-kira jam 12.30 tengahari ini. Berita lanjut boleh diperolehi melalui BERNAMA Sekalipun pembubaran tersebut sudah dijangka, namun sikap tidak bertanggunjawab Pak Lah mengeluarkan kenyataan bohong tentang pembubaran ini sangat dikesalkan. Mungkin benarlah bidalan kata yang agak popular satu ketika dulu...

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap Bohong lama-lama jadi menteri.

Inikah contoh pemimpin negara yang baik untuk yang layak untuk rakyat Malaysia.

Jumaat, 8 Februari 2008

DAP Amal Dinasti???



Laporan Akhbar Berita Harian hari ini (8 Februari 2008) mendedahkan pemimpin politik yang anak-anak mereka menjadi pemimpin pelapis dalam Parti. Mungkin penulis tersebut mahu Pak Lah perlu cermin muka dan baca dengan teliti artikel berkenaan. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional yang lain.

Atau mungkin bagi mereka yang dikatakan dinasti itu hanya jika melibatkan anak sahaja. Kalau ianya melibatkan menantu, adik beradik, ianya tidak dikatakan Dinasti...