Isnin, 27 Ogos 2007

Program sepanjang 2 minggu

Kemaafan yang tak terhingga dipohon kepada seluruh pembaca atas lamanya blog ini tidak dikemaskini dek kerana kesibukan pelbagai program yang agak meletihkan. Selepas posting terakhir pada 12 Ogos lalu, ke Terengganu untuk program 3 hari bersama dengan beberapa orang Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya.
Dalam gambar kelihatan Sdr Mustapha, Ketua Penerangan PAS Kawasan Muar (membelakangkan kamera), bersama Setiausaha Perhubungan Negeri Terengganu, Sdr Jahid dan Sdr Bakar Ismail.

Selepas itu, program Badminton DPPNJ di Senggarang pada 18 Ogos 2007. Pertandingan yang di sertai oleh peserta dari sekitar kawasan Senggarang disamping beberapa regu jemputan dari kawasan berhampiran telah diadakan di gelanggang badminton Yang-Yang, Senggarang.

Seterusnya bersama-sama dengan para EXCO DPPNJ dan Ketua Pemuda PAS Kawasan-Kawasan dalam program di Pulau Acheh. Program yang padat selama 3 hari walaupun agak memenatkan, namun benar-benar memberi input yang baik kepada semua yang menyertainya.

Ahad, 12 Ogos 2007

Anak EXCO Pemuda PAS Johor sakit tenat.

Pada hari Jumaat 3 Ogos 2007 anak saudara Juhari, EXCO Pemuda PAS Negeri Johor yang berusia 4 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana masalah buah pinggang. Sahabat-sahabat EXCO Dewan Pemuda Negeri Johor telah menziarahi beliau di hospital berkenaan silih berganti.

Melihat keadaan anak beliau, rasa sayu melihatkan keadaan anak bertubuh kecil itu terpaksa menjalani rawatan seumpama itu, dengan pelbagai saluran keluar masuk dari tubuh kecil itu, disamping terpaksa menjalani 3 dylasis sepanjang seminggu berada di Hospital. Seluruh tubuh anak kecil ini membengkak yang dikatakan berpunca daripada jumlah air dalam badannya yang tinggi.

Bagi teman-teman dan sahabat-sahabat diluar sana, mari lah sama-sama kita mendoakan semoga Allah mengangkat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh anak kecil ini. Disamping itu, kepada sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan apa juga bentuk bantuan kepada beliau diharap dapat menghubungi beliau di talian 019-6253677. Semoga kita dapat sama-sama membantu beliau mengurangangkan kesulitan yang beliau hadapi.

Khamis, 9 Ogos 2007

Ceramah Dr Hassan Ali Di Pt Tarom

Ceramah Dato Dr Hassan Ali telah diadakan di Pt Tarom, Pt Jawa pada hari Rabu 8 Ogos 2007. Kehadiran beliau kali ini mengundang pendengar yang agak luarbiasa. Komen sahabat-sahabat, ramai pendengar terdiri dari kalangan mereka yang tidak dikenali, dan ramai juga yang dikenali sebagai ahli dan penggerak UMNO. Kehadiran mereka dalam ceramah kali ini sedikit sebanyak memberi isyarat bahawa mereka sudah mula berfikir secara terbuka.

Sikap keterbukaan ini sedikit sebanyak mampu membuka minda mereka untuk berfikir dan menilai mana yang lebih baik disamping memberikan mereka maklumat tentang perkembangan yang berlaku serta mengetahui kelemahan kerajaan yang mereka pilih.

Isnin, 6 Ogos 2007

Ghani di jangkiti penyakit Pak Lah?




Tempohari (Rabu, 1 Ogos 2007) DPPMuar mengucapkan terima kasih kepada TV3 yang telah menyiarkan masalah ancaman pencabulan di empangan Bekok. Hari ini (Isnin 6 Ogos 2007) TV3 menyiarkan temuramah dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Osman tentang isu berkenaan. Sedihnya apabila Menteri Besar menyatakan bahawa beliau tidak maklum mengenai pencemaran yang telah berlaku di Empangan berkenaan.

Seandainya kita terima bahawa beliau tidak mempunyai maklumat tentang apa yang telah berlaku di Empangan Bekok, Persoalannya setelah hampir 2 tahun memorandum yang di serahkan kepada beliau berkenaan pencemaran di Empangan Semberong, apa tindakan beliau setakat ini? Walaupun ianya berlaku di dua empangan yang berbeza, namun isunya adalah sama, Penebangan Hutan, Penanaman Sawit, pencemaran air. Semua itu turut berlaku di Empangan Semberong, Bekok dan juga Machap.

Memorandum yang dihantar oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 2 tahun lalu memberikan maklumat lengkap tentang lokasi, bentuk pencemaran dan gambar-gambar yang jelas menggambarkan apa yang berlaku di empangan-empangan berkenaan. Namun apa tindakan beliau? Mungkinkah Menteri Besar Johor juga telah di jangkiti virus el-tiduri yang dihidapi oleh Pak Lah?





Jumaat, 3 Ogos 2007

Usrah Badminton DPP Muar




Minggu ini program Usrah DPP Muar diadakan dengan format yang sedikit berbeza. Selesai berbuka puasa dan solat maghrib berjamaah. Tazkirah ringkas disampaikan kepada semua untuk memberi peringatan tantang gerakerja yang perlu difahami dan di jaga.

Selesai tazkirah tersebut, semua ahli usrah menuju ke Gelanggang Badminton Parit Bakar. Agenda malam ini untuk bermain badminton bersama seluruh pemuda di sekitar kawasan Muar. Kehadiran Ketua DPP Pagoh bersama dalam program ini turut menambah serinya apabila regu beliau memenangi pertandingan badminton suka-suka ini.

Semoga sedikit usaha untuk mendekatkan diri dengan masyarakat ini akan diberkati oleh Allah. Amin

Khamis, 2 Ogos 2007

Sekitar Ceramah YB Salahuddin Ayiub

Klik gambar untuk melihat gambar-gambar lain


Ceramah YB Salahuddin Ayiub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada malam tadi (Rabu 1 Ogos 2007) mendapat sambutan yang sangat baik. Khemah yang disediakan penuh, beberapa hamparan yang disediakan kepada para pendengar turut penuh. Disamping ramai yang berdiri di tepi-tepi jalan dan di halaman rumah-rumah berhampiran.

Kehadiran yang ramai dalam ceramah ini membuktikan bahawa PAS semakin mendapat tempat dihati rakyat. Dengan ditambah berbagai kelemahan kerajaan dan penderitaan akibat tekanan inflasi, masalah jenayah yang semakin berleluasa. Semua ini menjadikan PAS semakin diterima oleh masyarakat.

Antara lain saudara Salahuddin menyebut berkenaan dimanakah kedudukan kita sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu di sebuah negara setelah 50 tahun kita merdeka. Hasrat murni Tun Razak untuk menjadikan DEB sebagai satu dasar yang bakal membantu orang melayu khususnya akhirnya sekadar menjadi jambatan kepada segelintir golongan elit melayu untuk menambahkan kekayaan mereka semata-mata.

Beliau turut mempersembahkan petikan beberapa buah buku ilmiah terbitan IPT2 tempatan tentang senario ini yang membuktikan berlaku ketirisan dalam penyampaian DEB ini kepada masyarakat.

Rabu, 1 Ogos 2007

Terima Kasih TV3

Sejak Hari isnin 30 Julai 2007, TV3 telah membuat liputan berkenaan keadaan Empangan Bekok yang dikatakan telah di rosakkan dengan teruk. Walaupun sangat lambat isu ini di bangkitkan oleh TV3, namun sekurang-kurangnya satu usaha telah diambil diperingkat media untuk isu ini di ambil perhatian oleh pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Sebenarnya disamping Empangan Bekok, empangan-empangan lain turut terjejas akibat kerakusan pihak-pihak tertentu. Antaranya termasuk Empangan Machap dan Semberong

Diperingkat Dewan Pemuda PAS, perkara ini telah ditimbulkan iaitu sejak tahun 2005 melalui Memorandum yang di hantar kepada Menteri Besar Johor. Disamping itu selepas tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berwajib, satu Laporan Polis telah dibuat kerana bimbangkan keadaan empangan ini semakin terancam.

Selain dari itu, sewaktu banjir besar melanda negeri Johor baru-baru ini, Tengku Mahkota, Tengku Ibrahim Ismail turut menegur pengurusan Empangan Semberong yang dilihat sangat lemah.

Apa pun adalah diharapkan agar tindakan segera dapat diambil oleh semua pihak untuk memastikan agar sumber air ini agar dapat dipulihkan secepat mungkin sebelum ianya menjadi bertambah kronik