Isnin, 4 Jun 2007

Tahniah Kepada Kepimpinan PAS Pusat

Alhamdulillah, Pemilihan kepimpinan PAS di semua peringkat telahpun selesai semalam (Ahad 3 Jun 2007) apabila keputusan pemilihan untuk jawatan kedua tertinggi di peringkat PAS Pusat diumumkan oleh Datuk Wan Mutalib Embong.

Ustaz Nasarudin Mohd Isa telah mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden PAS buat penggal kedua. Bagi kerusi Naib Presiden pula, Ust Ahmad Awang telah di pilih menduduki kerusi berkenaan setelah Dato Dr Hassan Ali mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut. Disamping itu, dua penyandang jawatan tersebut sebelum ini iaitu Dato Paduka Husam Musa dan Tuan Haji Muhammad Sabu mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai Naib Presiden.

2 Ahli jawatankuasa PAS Pusat dari Negeri Johor telah dipilih iaitu Sdr Mazlan Aliman yang melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda atas faktor usia dan Sdr Hanipa Maidin yang juga melepaskan jawatan sebagai EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat atas faktor yang sama.

Kepada seluruh kepimpinan yang baru dilantik di pelbagai peringkat, Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar mengucapkan Tahniah dan selamat berjuang dan semoga mendapat keberkatan dari Allah.

Tiada ulasan: