Jumaat, 29 Jun 2007

80 lawatan dalam 3 tahun

80 Lawatan dalam tempoh tidak sampai 4 tahun. Itulah hakikat rekod lawatan Pak Lah sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada bulan November 2003.

Jumlah tersebut termasuk 22 Lawatan pada 2004, 25 Lawatan pada tahun 2005, 20 Lawatan pada tahun 2006 dan 13 Lawatan setakat bulan Jun 2007. Jumlah lawatan keluar negara yang agak tinggi ini pastinya memakan kos yang bukan sedikit jumlahnya.
Sewaktu Gus Dur memegang jawatan Presiden Indonesia satu ketika dulu, sumber dalaman kerajaan menyebut bahawa peruntukan lawatan presiden telah habis sebelum bulan Disember sehingga menyebabkan terpaksa di luluskan peruntukan tambahan.
Dengan mengambilkira situasi yang hampir sama di Malaysia, agaknya berapa peruntukan yang diberi untuk lawatan-lawatan ini yang disertai oleh rombongan para menteri yang sebahagiannya membawa bersama isteri-isteri mereka.

Tiada ulasan: