Sabtu, 30 Jun 2007

Demonstrasi Membantah Penganugerahan Sir dan Pengiktirafan Fatah berjaya

Alhamdulillah, demonstrasi yang diadakan pada hari jumaat 29 Julai 2007 berjaya. Demonstrasi yang bermula di Masjid Tabung Haji sebaik sahaja selesai solat Jumaat bergerak ke bangunan kedutaan Britain untuk membantah penganugerahan Sir kepada Salman Rushdie. Di kedutaan Britain, demonstrasi yang di pengerusikan oleh Ustaz Ridwan memberikan ruang kepada Ustaz Idris Ahmad selaku AJK PAS Pusat, Wakil Dewan Ulama dan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi yang mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat.
Rata-rata para pemidato melahirkan kekesalan atas kebiadaban Kerajaan Britain yang telah menganugerahkan kebesaran yang membawa gelaran Sir kepada Salman Rushdie yang terang-terang telah menghina Nabi Muhammad SAW. Penganugerahan ini jelas merupakan satu agenda yang menghiris perasaan umat Islam seluruh dunia.
Selepas itu, rombongan bergerak ke bahagian kedua dengan berarak ke Kedutaan Amerika bagi membantah tindakan Amerika yang mengiktiraf kerajaan yang dibentuk oleh Fatah dan mengenepikan kerajaan Pilihan Rakyat iaitu HAMAS.
Di Kedutaan Amerika, Ustaz Zulkifli Ismail berpidato mewakili Dewan Ulama, wakil dari GAMIS dan Saudara Salahuddin Bin Ayiub. Kesemua pemidato melahirkan rasa marah atas tindakan Amerika dan Israel yang mengenepikan suara Rakyat Palestin yang telah memilih HAMAS sebagai kerajaan. Tindakan ini jelas satu tindakan yang membunuh demokrasi.

Jumaat, 29 Jun 2007

80 lawatan dalam 3 tahun

80 Lawatan dalam tempoh tidak sampai 4 tahun. Itulah hakikat rekod lawatan Pak Lah sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada bulan November 2003.

Jumlah tersebut termasuk 22 Lawatan pada 2004, 25 Lawatan pada tahun 2005, 20 Lawatan pada tahun 2006 dan 13 Lawatan setakat bulan Jun 2007. Jumlah lawatan keluar negara yang agak tinggi ini pastinya memakan kos yang bukan sedikit jumlahnya.
Sewaktu Gus Dur memegang jawatan Presiden Indonesia satu ketika dulu, sumber dalaman kerajaan menyebut bahawa peruntukan lawatan presiden telah habis sebelum bulan Disember sehingga menyebabkan terpaksa di luluskan peruntukan tambahan.
Dengan mengambilkira situasi yang hampir sama di Malaysia, agaknya berapa peruntukan yang diberi untuk lawatan-lawatan ini yang disertai oleh rombongan para menteri yang sebahagiannya membawa bersama isteri-isteri mereka.

Selasa, 26 Jun 2007

Pusingan kedua bantuan kepada masyarakat


Alhamdulillah, pada hari ahad yang lalu, sekali lagi Unit AMAL Muar turun ke Parit Amal untuk membantu rakyat yang memerlukan. Salah sebuah jambatan di Parit Amal telah mengalami kerosakan yang agak teruk akibat rempuhan air baru-baru ini. Berkat kerjasama para petugas, jambatan tersebut dapat disiapkan untuk memberi kemudahan kepada tuan rumah berkenaan. Terima Kasih kepada semua petugas yang membantu dalam kerja-kerja membina dan menyiapkan jambatan berkenaan. Terima Kasih

Ahad, 24 Jun 2007

Pemimpin mereka dan Pemimpin kita...

Kalau Blair boleh pakai kasut yang sama untuk 18 tahun... Macamana dengan pemimpin kita?

Sabtu, 23 Jun 2007

Mana satu yang lebih taat?



Bukan nak menghukum sesiapa... cuma kalau tengok perasmi dengan yang dirasmi... (patung) mana satu yang lebih taatkan Allah dan mana lebih lengkap... senyum je... jangan ketawa...

Jumaat, 22 Jun 2007

Ya Allah, Selamatkan Kami Dan Keturunan Kami Dari Bala Ini

Membaca berita ini dalam Berita Harian hari ini (Jumaat 22 Jun 2007) membuatkan hati ini tersentuh. Golongan murtad ini kelihatan semakin berani dari sehari ke sehari.
Satu masa dulu, terdengar desas desus usaha menubuhkan persatuan Melayu Kristian di Malaysia. Tidak kita ketahui sehingga hari ini setakat mana kebenaran cerita tersebut, namun yang pastinya hari ini terbukti memang sudah ada orang melayu yang beragama Kristian.
Sebahagian dari masyarakat Melayu hari ini marah kalau kita katakan Melayu tidak semestinya Islam, namun kes-kes NorAishah Bokhari, Azlina Jailani dan mungkin banyak lagi kes-kes lain membuktikan bahawa tanggapan mereka bahawa semua orang Melayu beragama Islam adalah silap.
Persoalannya di pihak kita adalah, apa usaha kita untuk membendung gejala seperti ini dari terus berlaku? Adakah cukup sekadar kita menjadi pemerhati atau sekadar mengeluh bila membaca berita seumpama ini? Apa jaminan bahawa tidak akan ada persatuan seumpama ini di wujudkan di Malaysia?
Selagi gejala murtad ini tidak ditangani secara serius oleh semua terutamanya kerajaan yang memerintah, selagi itulah tidak ada jaminan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku. Jadi bagaimana dengan tanggungjawab kita? Pastikan bahawa kita tidak akan di tanya oleh Allah kelak kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita untuk menghalang gejala ini dari terus berlaku.
Memilih kerajaan yang tidak bersikap serius terhadap Isu murtad bererti kita turut tidak serius dalam menghalang barah murtad ini dari terus berlaku. Ya Allah, selamatkanlah kami dan anak cucu kami dari penyakit ini ya Allah.

Rabu, 20 Jun 2007

Lagi gambar sekitar gotong royong selepas banjir di Muar



Alhamdulillah, sepertimana yang telah dijanjikan, beberapa gambar sewaktu gotong-royong selepas banjir hari Selasa lalu telah dapat di upload. Gambar-gambar ini diambil sewaktu membina jambatan di Parit Nawi, Parit Jawa, Muar yang rosak teruk akibat dilanda arus deras sewaktu banjir.

Kami terpaksa mengganti seluruh struktur penyokong jambatan ini dan menggantikannya dengan struktur yang baru. Namun Alhamdulillah, berkat kerjasama semua pihak, jambatan ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang singkat. Terima Kasih kepada semua yang memberi sumbangan dalam apa jua bentuk.

Selasa, 19 Jun 2007

Seorang Aktivis PAS Muar Terlibat Kemalangan

Saudara Nasir Berbaju merah Paling Kanan

Kira-kira jam 9.30 malam semalam, seorang ahli PAS Kawasan Muar, Saudara Nasir ditimpa kemalangan dipercayai dalam perjalanan ke Markas untuk membuat banner ceramah. Kemalangan tersebut berlaku tidak jauh dari Pekan Parit Jawa. Kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal tersebut telah menyebabkan kedua-dua penunggangnya cedera parah. Saudara Nasir telah dibawa ke Hospital Johor Bahru kira-kira jam 3.30 pagi tadi kerana mengalami pendarahan dikepala. Waktu berita ini ditulis, beliau dikatakan sedang menjalani pembedahan di Hospital Sutanah Aminah Johor Bahru.

Seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar mendoakan semoga beliau akan segera sembuh dan juga mendoakan semoga keluarga beliau dikurniakan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah ini.

Isnin, 18 Jun 2007

Gotong Royong Selepas Banjir



Kelihatan Ketua Penerangan PAS Kawasan Muar Sdr Mustapha dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar sedang membersihkan parit di Parit Salman

Setelah banjir melanda beberapa kawasan sekitar kawasan Muar baru-baru ini, pimpinan PAS Kawasan telah membuat tinjauan kemusnahan yang berlaku Hasil dari tinjauan tersebut, satu gotong royong telah di atur pada hari Sabtu dan Ahad 16 dan 17 Jun 2007 untuk membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan akibat banjir dan memperbaiki beberapa buah jambatan penduduk yang rosak.

Hasilnya pada tarikh berkenaan UNIT AMAL Kawasan dengan Kerjasama UNIT AMAL Negeri Johor, seramai 40 tenaga AMAL telah membantu membersihkan parit di simpang Parit Salman dan memperbaiki 4 buah jambatan di Pt Nawi, Pt Salman dan Parit Raja

Sekalipun ada kerja yang terpaksa dilaksanakan didalam hujan, namun Alhamdulillah misi hari ini berjaya.

Namun begitu, hanya gambar sewaktu membersihkan parit sahaja sempat diambil dengan menggunakan kamera Hand Phone sahaja kerana moderator turut berada didalam parit bersama sahabat-sahabat Unit AMAL yang lain. InsyaAllah gambar-gambar lain sewaktu membina jambatan akan cuba di upload selepas ini.

Jutaan Terima Kasih kepada sahabat-sahabat AMAL Negeri khususnya kepada Sahabat AMAL Batu Pahat, Seri Gading, Air Hitam, Parit Sulong dan Ledang yang turut bersama dalam gotong royong ini.

Jumaat, 15 Jun 2007

سناراي جاوتنكواس ديوان ڤمودا


اهلي جاوتنكواس ديوان ڤمودا ڤاس نڬري جوهر
لجنة ڤوليتيك
ڤڠروسي: ساودارا خير فاايزي بن احمد كاميل

لجنة ڤيليهنراي
ڤڠروسي: ساودارا أمين الدين بن ايياوب

لجنة ڤمباڠونن ايكونومي
ڤڠروسي: ساودارا سوهايزن بن كايات

سيكريتاريات
ڤڠروسي: ساودارا محمد فاايزول بن محمد صالح
تيمب ڤڠروسي : ساودارا خافيدز بن احمد موهتاسر

بنداهري : استاذ روحايزم بن عبدالحميد

لجنة ڤنراڠن
ڤڠروسي: ساودارا عبدالحميد بن جامه

لجنة تربيييه
ڤڠروسي: استاذ محمد عزم بن عبدالرازق
تيمب ڤڠروسي ١ : استاذ ذولحلمي بن روحاني
تيمب ڤڠروسي ٢ : استاذ إبراهيم بن مسرن

لجنة ڤڠڬونا دان عالم سكيتر
ڤڠروسي: ساودارا سيد عثمان بن سيد عبدالله

لجنة ڤكرجا دان ڤرتانين
ڤڠروسي: ساودارا نورازيد بن مد نوه

لجنة كباجيكن، سوكن دان كسنين
ڤڠروسي: ساودارا زعبا بن إبراهيم

لجنة ڤمباڠونن رماج
ڤڠروسي: ساودارا جوهري بن عثمان

لجنة ڤرڤادوان ناسيونل دان ڠو
ڤڠروسي: ساودارا نازمن بن چي إبراهيم

جابتن اوندڠ-اوندڠ دان حق اساسي مأنسي (جوهم)
ڤڠاره: ساودارا فردوس بن مساود

جابتن عمل (عمل)
كتوا ڤڠاره: ساودارا نور خلايم بن ساكيب

جابتن ڤستي (ڤستي)
كتوا ڤڠاره: توان حاج موهزيد بن موهيت

جابتن تيكنولوڬي معلومت (ات)
ڤڠاره: ساودارا سافاري بن سارودين

جابتن كراجأن دان سواستا (جك س)
ڤڠاره: ساودارا رايس بن رشيد

جابتن ڤمباڠونن مهاسيسوا (جڤي عيم)
ڤڠاره: ساودارا سيد ذوالكفل بن سيد محمد

اونيت ڤڽليديقن
ڤڠروسي : ساودارا محمد عبدالغفور بن عبدالرحيم


سناراي جاوتنكواس ديوان ڤمودا ڤاس ڤوست
لجنة ڤوليتيك
ڤڠروسي: يب صلاح الدين ايوب

اكاديمي كڤيمڤينن ڤمودا
ڤڠروسي: استاذ نصرالدين حسن
تيمب ڤڠروسي: ذورايدين عبدالله
ڤڠاره: در سوڤين هوسساءين

ڤوست كومونيتي مودا
ڤڠروسي: استاذ عزمن شڤاوي عبدالراني

سيكريتاريات
ڤڠروسي: احمد سبكي يوسف
تيمب ڤڠروسي ١: موسىددق احمد
تيمب ڤڠروسي ٢: محمد نازري چيق

لجنة ڤنراڠن
ڤڠروسي: سوهايزن كايات
تيمب ڤڠروسي: يب بيهقي عتيق الله

لجنة تربيييه
ڤڠروسي: استاذ نئ محمد ابدوه نئ عبدالعزيز
تيمب ڤڠروسي: استاذ ذولخرناءين عابدين

لجنة اينتڬراسي ناسيونل
ڤڠروسي: خير فاايزي احمد كاميل

لجنة ڤڠڬونا دان عالم سكيتر
ڤڠروسي: توفيق عبدالغني

لجنة ڤكرجا دان ڤرتانين
ڤڠروسي: عدلي زاهري

لجنة ڤرهوبوڠن دان تيندقن ايبوكوتا
ڤڠروسي: قمر الزمان محمد

لجنة ڤيليهنراي
ڤڠروسي: استاذ عريفين درامن

لجنة كباجيكن
ڤڠروسي: استاذ نورازلي موسى
تيمب. ڤڠروسي: استاذ صلحين مخيي

لجنة دعوة دان ڤمبلاان اسلام (فوركاد(
ڤڠروسي: استاذ رضوان محمد نور
تيمب ڤڠروسي: استاذ كمال شعري

لجنة سني، كبودايان دان سوكن (داچس)
ڤڠروسي: استاذ فردوس جعفر

لجنة ڤمباڠونن رماج دان كرجاي
ڤڠروسي: عبدالله عبدالكريم

لجنة ڤمباڠونن ايكونومي
ڤڠروسي: محمد ادرم موسى

جابتن اوندڠ-اوندڠ دان حق اساسي مأنسي (جوهم)
ڤڠاره: ذولكرناءين لقمان

جابتن عمل (عمل)
كتوا ڤڠاره: استاذ جمساري مرسوم

جابتن ڤستي (ڤستي)
كتوا ڤڠاره: أزرين عبدالمجيد

جابتن تيكنولوڬي معلومت (ات)
ڤڠاره: عبدالرحمن ساديكين

Khamis, 14 Jun 2007

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Lajnah Politik
Pengerusi: Saudara Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Lajnah Pilihanraya
Pengerusi: Saudara Aminuddin Bin Ayiub

Lajnah Pembangunan Ekonomi
Pengerusi: Saudara Suhaizan Bin Kaiat

Sekretariat
Pengerusi: Saudara Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
Timb Pengerusi : Saudara Khafidz Bin Ahmad Mohtasar

Bendahari : Ustaz Ruhaizam Bin Abdul Hamid

Lajnah Penerangan
Pengerusi: Saudara Abdul Hamid Bin Jamah

Lajnah Tarbiyyah
Pengerusi: Ustaz Mohd Azam Bin Abdul Razak
Timb Pengerusi 1 : Ustaz Zolhilmi Bin Rohani
Timb Pengerusi 2 : Ustaz Ibrahim Bin Masran

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
Pengerusi: Saudara Syed Osman Bin Syed Abdullah

Lajnah Pekerja dan Pertanian
Pengerusi: Saudara Norazid Bin Md Noh

Lajnah Kebajikan, Sukan Dan Kesenian
Pengerusi: Saudara Zaaba Bin Ibrahim

Lajnah Pembangunan Remaja
Pengerusi: Saudara Juhari Bin Osman

Lajnah Perpaduan Nasional Dan NGO
Pengerusi: Saudara Nazman Bin Che Ibrahim

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Pengarah: Saudara Firdaus Bin Masod

Jabatan Amal (AMAL)
Ketua Pengarah: Saudara Noor Khalim Bin Sakib

Jabatan PASTI (PASTI)
Ketua Pengarah: Tuan Haji Mohzid Bin Mohit

Jabatan Teknologi Maklumat (IT)
Pengarah: Saudara Safari Bin Sarodin

Jabatan Kerajaan dan Swasta (JKS)
Pengarah: Saudara Rais Bin Rashid

Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM)
Pengarah: Saudara Syed Zulkifli Bin Syed Muhammad

Unit Penyelidikan
Pengerusi : Saudara Mohd Abdul Ghafur Bin Abdul Rahim

Senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat

Lajnah Politik
Pengerusi: YB Salahuddin Ayub

Akademi Kepimpinan Pemuda
Pengerusi: Ustaz Nasruddin Hasan
Timb Pengerusi: Zuraidin Abdullah
Pengarah: Dr Supyan Hussain

Pusat Komuniti Muda
Pengerusi: Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani

Sekretariat
Pengerusi: Ahmad Sabki Yusof
Timb Pengerusi 1: Musaddak Ahmad
Timb Pengerusi 2: Mohd Nazri Chik

Lajnah Penerangan
Pengerusi: Suhaizan Kaiat
Timb Pengerusi: YB Baihaki Atiqullah

Lajnah Tarbiyyah
Pengerusi: Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Timb Pengerusi: Ustaz Zulkharnain Abidin

Lajnah Integrasi Nasional
Pengerusi: Khairul Faizi Ahmad Kamil

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
Pengerusi: Taufik Abdul Ghani

Lajnah Pekerja dan Pertanian
Pengerusi: Adli Zahari

Lajnah Perhubungan dan Tindakan Ibukota
Pengerusi: Kamaruzaman Mohamad

Lajnah Pilihanraya
Pengerusi: Ustaz Ariffin Deraman

Lajnah Kebajikan
Pengerusi: Ustaz Norazli Musa
Timb. Pengerusi: Ustaz Salihin Mukhyi

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam (FORKAD)
Pengerusi: Ustaz Ridhuan Mohd Nor
Timb Pengerusi: Ustaz Kamal Shaari

Lajnah Seni, Kebudayaan dan Sukan (DACS)
Pengerusi: Ustaz Firdaus Jaafar

Lajnah Pembangunan Remaja dan Kerjaya
Pengerusi: Abdullah Abdul Karim

Lajnah Pembangunan Ekonomi
Pengerusi: Mohd Adram Musa

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Pengarah: Zulkarnain Lokman

Jabatan Amal (AMAL)
Ketua Pengarah: Ustaz Jamsari Marsom

Jabatan PASTI (PASTI)
Ketua Pengarah: Azrin Abdul Majid

Jabatan Teknologi Maklumat (IT)
Pengarah: Abdul Rahman Sadikin

Rabu, 13 Jun 2007

ڤاس تروس برخدمت سڤنتس كيلت



دالم كسيبوكن ڤارا مڠسا مڠمس، سوكاريلاون ڤاس تله ممبنتو ڤندودوق يڠ ترليبت دڠن بنجير اونتوق مڠورڠكن ببن مريك. انتارا يڠ دلاكوكن ترماسوق مناريق جمبتن يڠ هاڽوت، ممبأيق ڤوليه جمبتن يڠ روساق، ممباوا اورڠ كامڤوڠ كلوار دان ماسوق كاوسن يڠ ترججس. ڤارا ڤتوڬس توروت مڠيدركن ماكنن تڠرهي اونتوق ڤارا مڠسا.

داتوء در مهفودز محمد، ڤسوروحجاي ڤاس نڬري جوهر توروت سرتا دالم كرجا-كرجا ممڤرباءيقي جمبتن يڠ روساق عقيبة بنجير. تريما كاسيه داتوق


Pas terus berkhidmat sepantas kilat

Dalam kesibukan para mangsa mengemas, Sukarelawan PAS telah membantu penduduk yang terlibat dengan banjir untuk mengurangkan beban mereka. Antara yang dilakukan termasuk menarik jambatan yang hanyut, Membaik pulih Jambatan yang rosak, membawa orang kampung keluar dan masuk kawasan yang terjejas. Para petugas turut mengedarkan makanan tengarahi untuk para mangsa.

Dato Dr Mahfudz Muhammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor turut serta dalam kerja-kerja memperbaiki jambatan yang rosak akibat banjir. Terima Kasih Datuk

Terima Kasih PAS Muar

موار بنجير لاڬي



ستله هوجن يڠ لبت تورون اونتوق تيمڤوه ببراڤ جم، روڤاڽ بنجير مولا ملندا ببراڤ كاوسن د موار انتاراڽ ڤاريت سلمان، ڤاريت ناوى، اولو جاميل دان ببراڤ كاوسن لاين يڠ برهمڤيرن. سموڬ الله مڠورنياكن كصبرن كڤد همباڽ يڠ د اوجي دڠن مصيبة اين

Muar Banjir Lagi!!!

Setelah hujan yang lebat turun untuk tempoh beberapa jam, rupanya banjir mula melanda beberapa kawasan dalam kawasan Muar antaranya Parit Salman, Parit Nawi, Ulu Jamil dan beberapa kawasan lain yang berhampiran. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada hambanya yang di uji dengan musibah ini.

ستله سڤا ڬي هوجن د موار



ستله سيڤڬي هوجن د موار
ڤد ڤاڬي اين هوجن تورون دڠن لبتڽ مولاي سكيتر جم ٣ ڤاڬي. منجلڠ جم ٨.٠٠ ڤاڬي، هوجن سماكين لبت، موڠكين اينله يڠ ترجادي عقيبة دري هوجن يڠ لبت ايت...

Setelah Sepagi hujan di Muar

Pada pagi ini hujan turun dengan lebatnya mulai sekitar jam 3 pagi. Menjelang jam 8.00 pagi, hujan semakin lebat, mungkin inilah yang terjadi akibat dari hujan yang lebat itu...

Selasa, 12 Jun 2007

راماه مسرا ڤتوڬس ڤيليهنراي مهاراني

ڤد مالم ١١ جون ٢٠٠٧، برلڠسوڠ ساتو مجليس راماه مسرا دان برسنتاي برسام ڤتوڬس-ڤتوڬس ڤيليهنراي ديوان اوندڠن نڬري مهاراني. ڤروڬرام اين برتوجوان مووجودكن كسراسين دالم ڤرصحابتن باڬي مووجودكن كرجاسام يڠ باءيق ددالم ڬرقارجا، خصوصڽ ڤيليهنراي.

تهنيئه ڤتوڬس ڤيليهرنراي مهاراني

Ramah Mesra Petugas Pilihanraya

Pada malam 11 Jun 2007, berlangsung satu majlis ramah mesra dan bersantai bersama petugas-petugas Pilihanraya DUN Maharani. Program yang bertujuan mewujudkan keserasian dalam persahabatan bagi mewujudkan kerjasama yang baik didalam gerakerja, khususnya Pilihanraya.

Tahniah Petugas Pilihranraya Maharani

Isnin, 11 Jun 2007

دعوة د داڠا باي جوهر بهرو XPDC



الحمدلله، واكيل ديوان ڤمودا ڤاس كاوسن موار تله مڽرتاي رومبوڠن ديوان ڤمودا ڤاس نڬري جوهر دالم ايايك س ڤيدسي داءوه د تاڤق كرنيۏل جوم هيبوه د داڠا باي جوهر بهرو. دالم ڤروڬرام ترسبوت سكيتر ٧٠ سوكاريلاون دري كالڠن مسلمين دان ٨ اورڠ اڠڬوتا نيس تله برسام-سام اونتوق مڠيدركن ريساله بركنأن.

سموڬ اوسها يڠ سديكيت اين اكن منجادي سقسي بهاوا كامي تيدق ڤرنه رضا اكن معصية يڠ برلاكو د موك بومي مو اين يا الله...

Ekspedisi Da'wah di Danga Bay


Alhamdulillah, wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar telah menyertai Rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dalam Expedisi Da'wah di Tapak Karnival Jom Heboh di Danga Bay Johor Bahru. Dalam program tersebut sekitar 70 sukarelawan dari kalangan Muslimin dan 8 orang anggota Nisa telah bersama-sama untuk mengedarkan risalah berkenaan.

Semoga usaha yang sedikit ini akan menjadi saksi bahawa kami tidak pernah redha akan maksiat yang berlaku di muka bumi mu ini Ya Allah...

باليڠ كروسي لاڬي UMNO

ساتو اينسيدن ممالوكن برلاكو دالم مشوارت د ترڠڬانو

ماراڠ(هارينميترو): سأورڠ للاكي بروسيا ٣٦ تاهون چدرا د كڤالا دڤرچايأي تركنا باليڠن كروسي كتيك مڠحاضيري مشوارت امنو چاوڠن بلوكا سوكاي، د سيني، مالم كلمارين

اونتوق مڠتاهوي بريتا لنجوت سيلا كليك د سيني

UMNO baling kerusi lagi...

Satu insiden memalukan berlaku dalam mesyuarat UMNO di Terengganu.

MARANG(HarianMetro): Seorang lelaki berusia 36 tahun cedera di kepala dipercayai terkena balingan kerusi ketika menghadiri mesyuarat Umno cawangan Beluka Sukai, di sini, malam kelmarin.

Untuk mengetahui Berita lanjut sila klik di sini

UMNO baling kerusi lagi...

اونيت عمل تروس برخدمت كڤد مشاركت




الحمدلله، ڤد ٩ جون ٢٠٠٧ اونيت عمل موار تله برخدمت اونتوق ممبنتو مدرسه ريبات مڠاداكن سمبوتن مولداوررسول دڠن منجمڤوت ٢ توكوه علماء دري سيڠاڤورا دان إندونيسيا.

اونيت عمل موار دڠن دبنتو اوليه اونيت عمل ليدڠ دان ڤاڬوه تله برخدمت دڠن باءيق سڤنجڠ ڤروڬرام ترسبوت. دري توڬس مڠوروسكن هيدڠن، كاولن كسلامتن، مڠيريڠ ۏۏيڤ، سيستم ۏيدياو، تمڤت لتق كريتا دان لالولينتس، سمواڽ د لقسانكن دڠن ڤنوه كوميتمن والاوڤون ڤروڬرام ترسبوت بوكن ڤروڬرام راسمي ڤاس.

تهنيئه

Unit AMAL terus berkhidmat kepada masyarakat


Alhamdulillah, pada 9 Jun 2007 Unit AMAL Muar telah berkhidmat untuk membantu Madrasah Ribat mengadakan sambutan MaulidurRasul dengan menjemput 2 tokoh Ulama dari Singapura dan Indonesia.

Unit AMAL Muar dengan dibantu oleh UNIT AMAL Ledang dan Pagoh telah berkhidmat dengan baik sepanjang program tersebut. Dari tugas menguruskan hidangan, kawalan keselamatan, mengiring VVIP, sistem Video, tempat letak kereta dan lalulintas, semuanya di laksanakan dengan penuh komitmen walaupun program tersebut bukan program rasmi PAS.

Tahniah

Isnin, 4 Jun 2007

سناراي اهلي جاوتنكواس ڤاس ڤوست


برايكوت اداله باريسن كڤيمڤينن ڤاس ڤوست يڠ تله دڤيليه دالم مؤتمر ڤاس ڤوست يڠ تله داداكن د ڤوتيق، كلنتن ڤد ١ هيڠڬ ٣ جون ٢٠٠٧.

ڤريسيدن : يڠ برحرمت توان ڬورو حاج عبدالهادي بن اوڠ

تيمبالن ڤريسيدن : استاذ ناشرودين محمد عيسى

ناءيب-ناءيب ڤريسيدن
داتوق ڤدوك حاج هوسم موسى
توان حاج محمد سابو
استاذ احمد اوڠ

اهلي جاوتنكواس
يڠ برحرمت استاذ عبدالحاليم عبد رحمن
يڠ برحرمت تاكييودين حسن
يڠ برحرمت اير اميرودين حمزه
استاذ توان إبراهيم
استاذ طائب عزامودين
استاذ نئ امر نئ عبدالله
استاذ مجاهد يوسف راوا
استاذ إدريس بن احمد
استاذ عزيزان عبد رازق
استاذ ابو بكر چيق
استاذ عبدالغني شمس الدين
استاذ عبدالغني بن عبدالرحمن
سدر سيد عزمن
سدر مذلن عليمن
سدر هانيڤا ماءيدين
سدر انوار تن عبدالله
دوكتور ذوالكفل احمد
دوكتور لوءلو بت داتوء حاج غزالي

Senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Berikut adalah barisan kepimpinan PAS Pusat yang telah dipilih dalam Muktamar PAS Pusat yang telah diadakan di PUTIK, Kelantan pada 1 hingga 3 Jun 2007.

Presiden : YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Bin Awang

Timb Presiden : Ustaz Nasarudin Muhamad Isa

Naib-Naib Presiden :
Datuk Paduka Hj Husam Musa
Tuan Haji Muhammad Sabu
Ustaz Ahmad Awang

Ahli Jawatankuasa :
Yang Berhormat Ustaz Abdul Halim Abd Rahman
Yang Berhormat Takiyudin Hassan
Yang Berhormat Ir Amirudin Hamzah
Ustaz Tuan Ibrahim
Ustaz Taib Azamudin
Ustaz Nik Amar Nik Abdullah
Ustaz Mujahid Yusuf Rawa
Ustaz Idris Bin Ahmad
Ustaz Azizan Abd Razak
Ustaz Abu Bakar Chik
Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
Ustaz Abdul Ghani Bin Abdul Rahman
Sdr Syed Azman
Sdr Mazlan Aliman
Sdr Hanipa Maidin
Sdr Anuar Tan Abdullah
Dr Zulkifli Ahmad
Dr Lo'lo Bte Dato Hj Ghazali

تهنيئه كڤد كڤيمڤينن ڤاس ڤوست


الحمدلله، ڤميليهن كڤيمڤينن ڤاس د سموا ڤريڠكت تلهڤون سلساي سمالم (احد ٣ جون ٢٠٠٧) اڤابيلا كڤوتوسن ڤميليهن اونتوق جاوتن كدوا ترتيڠڬي د ڤريڠكت ڤاس ڤوست دعمومكن اوليه داتوق وان مطلب امبوڠ.

استاذ نسراودين محمد عيسى تله مڠكلكن كدودوكن سباڬاي تيمبالن ڤريسيدن ڤاس بوات ڤڠڬل كدوا. باڬي كروسي ناءيب ڤريسيدن ڤولا، است احمد اوڠ تله د ڤيليه مندودوكي كروسي بركنأن ستله داتوء در حسن علي مڠومومكن اونتوق تيدق ممڤرتاهنكن جاوتن ترسبوت. دسمڤيڠ ايت، دوا ڤڽانداڠ جاوتن ترسبوت سبلوم اين ايايت داتوء ڤدوك هوسم موسى دان توان حاج محمد سابو مڠكلكن كدودوكن ماسيڠ-ماسيڠ سباڬاي ناءيب ڤريسيدن.

٢ اهلي جاوتنكواس ڤاس ڤوست دري نڬري جوهر تله دڤيليه ايايت سدر مذلن عليمن يڠ ملڤسكن جاوتن سباڬاي ناءيب كتوا ڤمودا اتس فكتور اوسيا دان سدر هانيڤا ماءيدين يڠ جوڬ ملڤسكن جاوتن سباڬاي اهلي جاوتنكواس ديوان ڤمودا ڤاس ڤوست اتس فكتور يڠ سام.

كڤد سلوروه كڤيمڤينن يڠ بارو دلانتيق د ڤلباڬاي ڤريڠكت، ديوان ڤمودا ڤاس كاوسن موار مڠوچڤكن تهنيئه دان سلامت برجواڠ دان سموڬ منداڤت كبركتن دري الله.

Tahniah Kepada Kepimpinan PAS Pusat

Alhamdulillah, Pemilihan kepimpinan PAS di semua peringkat telahpun selesai semalam (Ahad 3 Jun 2007) apabila keputusan pemilihan untuk jawatan kedua tertinggi di peringkat PAS Pusat diumumkan oleh Datuk Wan Mutalib Embong.

Ustaz Nasarudin Mohd Isa telah mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden PAS buat penggal kedua. Bagi kerusi Naib Presiden pula, Ust Ahmad Awang telah di pilih menduduki kerusi berkenaan setelah Dato Dr Hassan Ali mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut. Disamping itu, dua penyandang jawatan tersebut sebelum ini iaitu Dato Paduka Husam Musa dan Tuan Haji Muhammad Sabu mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai Naib Presiden.

2 Ahli jawatankuasa PAS Pusat dari Negeri Johor telah dipilih iaitu Sdr Mazlan Aliman yang melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda atas faktor usia dan Sdr Hanipa Maidin yang juga melepaskan jawatan sebagai EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat atas faktor yang sama.

Kepada seluruh kepimpinan yang baru dilantik di pelbagai peringkat, Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar mengucapkan Tahniah dan selamat berjuang dan semoga mendapat keberkatan dari Allah.

Sabtu, 2 Jun 2007

تهنيئه مسلمات جوهر


الحمدلله، مؤتمر ڤاس يڠ برلڠسوڠ كالي اين مڽقسيكن جوهر مڠهانتر جوروچاكڤ دري كالڠن مسلمات. ورداتول جنة يڠ مڽنتوه ڤلباڬاي ايسو ترماسوق كبڠكيتن اونيت عمل دالم بنجير د جوهر دان كلمهن كراجأن مليسيا دالم ايسو ڤمبينأن ولايه ڤمباڠونن إسكندر.

تهنيئه

Tahniah Muslimat Johor

Alhamdulillah, Muktamar PAS yang berlangsung kali ini menyaksikan Johor menghantar jurucakap dari kalangan Muslimat. Wardatul Jannah yang menyentuh pelbagai isu termasuk kebangkitan UNIT AMAL dalam banjir di Johor dan kelemahan kerajaan Malaysia dalam isu pembinaan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Tahniah

سلامت برجواڠ كڤد صف كڤيمڤينن ڤمودا ڤوست


تهنيئه داوچڤكن كڤد صف كڤيمڤينن بارو ديوان ڤمودا ڤاس ڤوست يڠ تله دڤيليه دالم مؤتمر ديوان ڤمودا ڤاس ڤوست كالي ك ٤٨ يڠ تله برلڠسوڠ ڤد ٣٠ دان ٣١ مي ٢٠٠٧ د ڤوتيق، ڤڠكالن چيڤا، كلنتن.

تهنيئه كڤد يڠ برحرمت ساودارا صلاح الدين بن ايياوب يڠ سكالي لاڬي د بري أمانه اونتوق مميكول تڠڬوڠجواب سباڬاي كتوا ديوان ڤمودا ڤاس ڤوست.

تهنيئه جوڬ داوچڤكن كڤد ڤڽانداڠ كروسي تيمبالن كتوا ڤمودا ڤولا د ايسي اوليه استاذ نسرالدين حسن@تنتاوي ستله دكوسوڠكن اوليه استاذ إدريس بن احمد.

جوڬ اوچاڤن تهنيئه كڤد ڤمنڠ كروسي ناءيب كتوا ڤمودا، استاذ عزمن شافوي.

اوچاڤن تهنيئه دان سلامت برجواڠ كڤد سلوروه جاوتنكواس يڠ تله د ڤيليه دالم مؤتمر ديوان ڤمودا ڤاس ڤوست كالي ك ٤٨.

كتوا : يڠ برحرمت صلاح الدين بن ايوب
تيمب : استاذ نسراودين تنتاوي
ناءيب : استاذ عزمن شڤاوي
: اهلي جاوتنكواس
١. استاذ احمد بيهقي
٢. استاذ احمد نازري چيق
٣. ساودارا عريفين درامن
٤. استاذ كمال اشاري
٥. استاذ موسىددق احمد
٦. استاذ نئ ابدوه نئ عزيز
٧. استاذ نورازلي موسى
٨. استاذ ريدذوان محمد نور
٩. ساودارا سبكي يوسف
١٠. استاذ صالحين موكهيي
١١. يڠ برحرمت زاكي إبراهيم
١٢. استاذ ذولكرناءين بن زاينل عابدين

Selamat Berjuang Kepada Saf Kepimpinan Pemuda Pusat

Tahniah diucapkan kepada Saf kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat yang telah dipilih dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 48 yang telah berlangsung pada 30 dan 31 Mei 2007 di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tahniah kepada Yang Berhormat Saudara Salahuddin Bin Ayiub yang sekali lagi di beri amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tahniah juga diucapkan kepada penyandang Kerusi Timbalan Ketua Pemuda pula di isi oleh Ustaz Nasaruddin Hassan@Tantawi setelah dikosongkan oleh Ustaz Idris Bin Ahmad.

Juga ucapan Tahniah kepada pemenang Kerusi Naib Ketua Pemuda, Ustaz Azman Shafawi.

Ucapan tahniah dan selamat berjuang kepada seluruh jawatankuasa yang telah di pilih dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 48.

Ketua : Yang Berhormat Salahudin Bin Ayub
Timb : Ustaz Nasarudin Tantawi
Naib : Ustaz Azman Shapawi
AJK :
1. Ustaz Ahmad Baihaqi
2. Ustaz Ahmad Nazri Chik
3. Saudara Ariffin Deraman
4. Ustaz Kamal Ashari
5. Ustaz Musaddak Ahmad
6. Ustaz Nik Abduh Nik Aziz
7. Ustaz Norazli Musa
8. Ustaz Ridzuan Mohd Nor
9. Saudara Sabki Yusof
10. Ustaz Salehin Mokhyi
11. Yang Berhormat Zaki Ibrahim
12. Ustaz Zulkarnain Bin Zainal Abidin

Jumaat, 1 Jun 2007

الحمدلله، محكمه تولق ڤرموهونن لينا جوي


الحمدلله، اخيرڽ محكمه ممبوات كڤوتوسن منولق ڤرموهونن لينا جوي اونتوق ممبواڠ ڤركاتان اسلام دري كاد ڤڠنلنڽ.

كڤوتوسن اين مروڤاكن ساتو ڤريڠاتن كڤد ڬولوڠن يڠ برتيندق بيادب اونتوق مرنداه-رندهكن مرواه اومت اسلام خصوصڽ د نڬارا اين.

كتوا ديوان ڤمودا ڤاس ڤوست، يڠ برهورت صلاح الدين ايوب دالم كڽاتأنڽ تله ممبري امران كڤد ڤڽوكوڠ-ڤڽوكوڠ لينا جوي بهاوا كڤوتوسن ترسبوت بوكن نقطه كڤد ڤرجواڠن خصوصڽ ڤمودا ڤاس اونتوق مننتڠ ڬجالا مرتد يڠ برللواسا.

Alhamdulillah, Mahkamah tolak permohonan Lina Joy


Alhamdulillah, akhirnya Mahkamah membuat keputusan menolak permohonan Lina Joy untuk membuang perkataan ISLAM dari kad pengenalannya.

Keputusan ini merupakan satu peringatan kepada golongan yang bertindak biadab untuk merendah-rendahkan maruah umat Islam khususnya di negera ini.

Ketua DPP Pusat, Yb Salahudin dalam kenyataannya telah memberi amaran kepada penyokong-penyokong Lina Joy bahawa keputusan tersebut bukan noktah kepada perjuangan khususnya Pemuda PAS untuk menentang gejala murtad yang berleluasa.