Selasa, 2 Oktober 2007

Himpunan Pemuda PAS Negeri Johor


Alhamdulillah himpunan Pemuda PAS Negeri Johor yang telah berlangsung di Markas PAS Parit Pechah telah berjalan dengan baik dan sempurna. Kehadiran pada malam 29 September 2007 juga amat membanggakan bagi memberi suntikan kepada semangat pemuda khususnya untuk terus berusaha memberikan kerjasama yang terbaik kepada PAS.

Bermula dengan program gotong royong menyembelih dan melapah lembu pada pagi Sabtu 29 September, hinggalah doa wehdah dibaca pada pagi Ahad 30 September 2007. Semua program berjalan dengan baik dan lancar. Gotong royong menyembelih lembu telah disempurnakan oleh Dato Dr Mahfudz Bin Muhammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ust Abu Bakar Bin Lajat, Yang Di Pertua PAS Kawasan Muar dan Saudara Malik Bin Mohd Diah, Setiausaha PAS Kawasan Muar.
Seterusnya hasil sembelihan tersebut telah di agihkan kepada masyarakat di sekitar Kawasan Muar berserta dengan beberapa barangan lain. Himpunan Pemuda ini telah mendapat suntikan dari Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara Salahuddin Ayub dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi. Semoga kerja-kerja seumpama ini akan dapat dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memberikan natijah yang baik khususnya kepada PAS Kawasan Muar, dan imej PAS secara keseluruhannya.

Tiada ulasan: