Selasa, 18 September 2007

HIMPUNAN PEMUDA JOHOR


Kerja-kerja mengubahsuai Markas PAS Kawasan Muar


Kerja-kerja mengubahsuai Markas PAS Kawasan Muar di Parit Pechah sedang giat di jalankan oleh beberapa tenaga sukarela. Kerja-kerja pengubahsuaian ini yang melibatkan pembinaan bilik tetamu di tingkat 1, pengubahsuaian ruang pentas, pembinaan bilik air dan tandas tambahan serta beberapa pengubahsuaian lain bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna Markas ini. Keseluruhan Kos pengubahsuaian ini dijangka menelan kos sekitar RM60 ribu ringgit.

Dibulan Ramadhan yang mulia ini, Sumbangan dan pengorbanan dari Para dermawan sangat diharapkan bagi memungkinkan kerja-kerja pengubahsuaian ini berjaya untuk memberi keselesaan kepada semua.

Segala bentuk sumbangan samada dalam bentuk kewangan mahupun barangan adalah sangat-sangat diharapkan. Para penyumbang boleh menghubungi saudara Malik Bin Mohd Diah, Setiausaha PAS Kawasan Muar 0199109376 atau Tuan Haji Salleh Othman 0123607686.

Jadikan bulan mulia ini bulan amal ibadah dan jariah kita semua.

Isnin, 27 Ogos 2007

Program sepanjang 2 minggu

Kemaafan yang tak terhingga dipohon kepada seluruh pembaca atas lamanya blog ini tidak dikemaskini dek kerana kesibukan pelbagai program yang agak meletihkan. Selepas posting terakhir pada 12 Ogos lalu, ke Terengganu untuk program 3 hari bersama dengan beberapa orang Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya.
Dalam gambar kelihatan Sdr Mustapha, Ketua Penerangan PAS Kawasan Muar (membelakangkan kamera), bersama Setiausaha Perhubungan Negeri Terengganu, Sdr Jahid dan Sdr Bakar Ismail.

Selepas itu, program Badminton DPPNJ di Senggarang pada 18 Ogos 2007. Pertandingan yang di sertai oleh peserta dari sekitar kawasan Senggarang disamping beberapa regu jemputan dari kawasan berhampiran telah diadakan di gelanggang badminton Yang-Yang, Senggarang.

Seterusnya bersama-sama dengan para EXCO DPPNJ dan Ketua Pemuda PAS Kawasan-Kawasan dalam program di Pulau Acheh. Program yang padat selama 3 hari walaupun agak memenatkan, namun benar-benar memberi input yang baik kepada semua yang menyertainya.

Ahad, 12 Ogos 2007

Anak EXCO Pemuda PAS Johor sakit tenat.

Pada hari Jumaat 3 Ogos 2007 anak saudara Juhari, EXCO Pemuda PAS Negeri Johor yang berusia 4 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana masalah buah pinggang. Sahabat-sahabat EXCO Dewan Pemuda Negeri Johor telah menziarahi beliau di hospital berkenaan silih berganti.

Melihat keadaan anak beliau, rasa sayu melihatkan keadaan anak bertubuh kecil itu terpaksa menjalani rawatan seumpama itu, dengan pelbagai saluran keluar masuk dari tubuh kecil itu, disamping terpaksa menjalani 3 dylasis sepanjang seminggu berada di Hospital. Seluruh tubuh anak kecil ini membengkak yang dikatakan berpunca daripada jumlah air dalam badannya yang tinggi.

Bagi teman-teman dan sahabat-sahabat diluar sana, mari lah sama-sama kita mendoakan semoga Allah mengangkat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh anak kecil ini. Disamping itu, kepada sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan apa juga bentuk bantuan kepada beliau diharap dapat menghubungi beliau di talian 019-6253677. Semoga kita dapat sama-sama membantu beliau mengurangangkan kesulitan yang beliau hadapi.

Khamis, 9 Ogos 2007

Ceramah Dr Hassan Ali Di Pt Tarom

Ceramah Dato Dr Hassan Ali telah diadakan di Pt Tarom, Pt Jawa pada hari Rabu 8 Ogos 2007. Kehadiran beliau kali ini mengundang pendengar yang agak luarbiasa. Komen sahabat-sahabat, ramai pendengar terdiri dari kalangan mereka yang tidak dikenali, dan ramai juga yang dikenali sebagai ahli dan penggerak UMNO. Kehadiran mereka dalam ceramah kali ini sedikit sebanyak memberi isyarat bahawa mereka sudah mula berfikir secara terbuka.

Sikap keterbukaan ini sedikit sebanyak mampu membuka minda mereka untuk berfikir dan menilai mana yang lebih baik disamping memberikan mereka maklumat tentang perkembangan yang berlaku serta mengetahui kelemahan kerajaan yang mereka pilih.